Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Grilled Cheese Sandwich Yang Mudah dan Sangat Menyelerakan!

Rahsia untuk mendapatkan sandwic keju panggang yang (sangat!) sedap bukanlah kerana bahan-bahan yang digunakan, tetapi di ‘atas api’. 

Ada orang mengenali menu ini dengan nama ‘grilled cheese sandwich’ dan juga ‘toasted cheese sandwich’. 

Eh, tak kisahlah apa sahaja yang anda ‘menggelarkannya’ asalkan rasa sandwic yang panas dan rasa keju yang SEDAP dengan setiap gigitan menjadi kegemaran ramai orang. 

‘Grilled cheese sandwich’ sememangnya sangat sedap. Tidak ada yang lebih menyelerakan daripada roti sandwic yang ‘crispy’ dan keju yang ‘melt’ di dalam mulut. Sedapnya! 

Keju yang terkandung di dalam menu ini memberikan rasa lemak berkrim sandwic tersebut.

Seperti produk tenusu yang lain, keju sebenar merupakan sumber kalsium yang terbaik, di mana ia sangat penting untuk pertumbuhan tulang anak-anak dan juga menyumbang kepada kesihatan jantung yang sihat. 

Mummy, tak perlu banyak bahan pun untuk membuat menu ini. Anda hanya memerlukan beberapa keping roti dan keju sahaja untuk membuat sandwic klasik kegemaran setiap ahli keluarga ini. 

Sandwic keju panggang klasik dibuat dengan keju Amerika dan roti putih tetapi anda boleh juga menggunkan roti lain yang sesuai bersama keju tersebut. 

Untuk keju pula, apa sahaja jenis keju sangat sesuai untuk menu ini. Lagi best kalau Mummy boleh parut keju sendiri! 

Print

Resepi Grilled Cheese Sandwich

Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang bersama seisi keluarga.
Course Menu Utama
Cuisine Barat
Keyword Kek, Kuih, dan Pastri
Prep Time 2 minutes
Cook Time 5 minutes
Servings 4 orang
Author Merryn Tan

Equipment

  • Kuali

Ingredients

  • 8 pcs Roti Putih/Sandic
  • 4 pcs Keju
  • 1 tbsp Mentega

Instructions

  • Panaskan kuali di atas api sederhana.
  • Sapukan mentega di sebelah lapisan roti.
  • Letakkan kepingan keju di atas satu roti dan apitkan bersama roti yang lain.
  • Panggang sehingga roti bertukar menjadi keemasan dan balikkan.
  • Teruskan memanggang sehingga keju cair.
  • Dah siap!

 

Tips untuk mendapatkan Grilled Cheese Sandwich yang Sedap!

  1. Untuk mendapatkan roti yang garing keemasan, pastikan anda memanggang roti di atas kuali dengan api yang perlahan atau sederhana sambil keju cair. Jangan bakar di atas api yang terlalu panas kerana roti akan cepat masak sebelum keju mencair. 
  2. Jangan lupa untuk sapukan mentega di setiap lapisan roti untuk mendapatkan bahagian luar yang garing keemasan. 

Itu sahaja! Mudah bukan? Hanya dengan beberapa bahan dan tip sahaja anda boleh mendapatkan ‘Grilled Cheese Sandwich’ yang akan menambat hati anak anda. 

Anak-anak saya adalah penggemar sandwic keju panggang dan kalau boleh, setiap hari nak makan menu ini sebagai sarapan pagi. 

Anak bongsu saya sering melihat saya membuat menu ini dan kini, dia sendiri sudah pandai memasak Grilled Cheese Sandwich ini. 

Untuk memudahkan Mummy, jom tonton video ini untuk mendapatkan Grilled Cheese Sandwich yang sedap sehingga menjilat jari ini! 

Artikel ini telah diolah daripada versi Bahasa Inggeris