Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Gulai Ayam Kelantan Menu Unik Yang Cukup Rencah Cukup Rasa!

resepi gulai ayam kelantan

Mesti ramai yang suka makan masakan Pantai Timur kan? Antara menu masakan yang tersohor tentulah resepi ayam gulai Kelantan. Cara memasaknya sama sahaja seperti masakan kari yang lain, cuma perbezaannya, gulai ayam kelantan ini menggunakan lengkuas dan gula merah atau nisse dalam gulai tersebut.

Malah kuahnya agak pekat, sedikit manis dan rasanya pun tidak masam seperti mana kari di sini. Jadi tak hairanlah kalau gulai Kelantan ini istimewa kerana mempunyai pelbagai campuran rasa serta sedikit manis dan aroma yang sangat wangi.

Bagi Mommy yang baru pertama kali mencubanya, pasti akan jatuh cinta dengan rasanya yang unik. Ikuti panduan memasak yang telah kami kongsikan di bawah ini. Selamat mencuba!

Resepi Ayam Gulai Kelantan

Highlighted


Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sudu cili boh/cili kisar
  • 1 sudu kerisik
  • 1 cawan santan
  • 1 keping asam keping
  • 1 kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 1 paket kecil rempah kari cap orang terbang
  • Gula melaka
  • 1 sudu kicap manis
  • Minyak masak
  • Garam secukupnya

Bahan kisar

  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 sudu ketumbar
  • 1/2 sudu jintan manis

Kisar halus semua bahan-bahan di atas.

Cara-cara

#1. Mommy panaskan minyak di dalam periuk, tumis kulit kayu manis dan bunga lawang. Kemudian tuang bahan kisar dan tumis sehingga ia berbau wangi.

Kredit gambar Facebook @MAHN

Kemudian Mommy masukkan cili boh/cili kisar dan serbuk kari, tambah sedikit air dan tumis sehingga pecah minyak.

#2. Seterusnya, Mommy masukkan ayam dan kacau biar sekata, waktu ini ayam akan kecut dan mengeluarkan air. Mommy masak sehingga air ayam tadi menjadi sedikit kering.

Kredit gambar Facebook @MAHN

#3. Selepas itu Mommy masukkan pula santan dan sedikit air, kacau sekejap. Kemudian campurkan gula melaka dan masak ayam selama 20 minit atau sehingga ayam empuk.

Kredit gambar Facebook @MAHN

#4. Bagi menambahkan kelazatan gulai ayam Mommy masukkan kerisik dan sedikit kicap manis.

Kredit gambar Facebook @MAHN

Mommy masukkan garam secukupnya. Jika Mommy suka lebih manis boleh tambakan gula. Mommy boleh padamkan api setelah kuah menjadi sedikit pekat.

Tips/Petua Menyediakan Resepi Ayam Gulai Kelantan 

  • Lebih menarik, asli dan sedap, kalau Mommy guna rempah asli dari negeri kelantan.

Jom cuba pelbagai resepi menarik yang lain di SINI.