Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Buat Resepi Gulai Ikan Tongkol Yang Power Rasanya

Resepi gulai ikan tongkol ini merupakan hidangan yang penuh dengan rempah ratus, enak dan sangat sedap jika dinikmati ketika makan tengah hari bersama dengan nasi putih yang masih lagi panas-panas.

Hidangan ini juga sangat mudah untuk disediakan dan bahan-bahan yang digunakan juga tidak rumit serta senang untuk diperoleh. Mommy boleh cuba menyediakannya dengan mengikuti resepi dalam perkongsian ini. Selamat mencuba!

Resepi Gulai Ikan Tongkol

Highlighted


Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan tongkol – dibersihkan dan dipotong
  • 5 biji bendi – dipotong pangkal dan hujungnya
  • 1 biji terung bulat – dipotong baji
  • 1 biji tomato – dipotong baji
  • 2 biji bawang merah – ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 1 cm halia – ditumbuk
  • 2 sudu makan cili giling
  • 1 pkt kecil serbuk kari
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 cawan air
  • 2 cawan santan pekat
  •  minyak secukupnya
  • gula dan garam secukup rasa
  • sedikit daun kari

Cara-cara masak:

#1. Mula-mula Mommy tumiskan bahan tumbuk.

Kredit gambar: facebook @resipisheilarusly

Bila bahan sudah bertukar menjadi warna kekuningan, masukkan pula cili giling. Tumis sampai ia menjadi agak garing.

Kemudian, masukkan air asam jawa dan masukkan juga serbuk kari sekali. Tumis semua bahan-bahan sampai garing.

#2. Kemudian, masukkan pula 1 cawan air dan 1 cawan santan. Masukkan juga terung dan bendi serta ikan tongkol dan masak sehingga mendidih.

Kredit gambar: facebook @resipisheilarusly

#3. Masukkan 1 cawan santan lagi. Perasakan juga dengan garam dan gula. Mommy biarkan ia mendidih sekali lagi lalu masukkan tomato. Biarkan seketika dan bolehlah Mommy angkat dan hidangkannya.

Kredit gambar: facebook @resipisheilarusly

Tips/Petua Menyediakan Resepi Gulai Ikan Tongkol

  • Boleh kisar semua bahan tumis kalau Mommy kejar masa untuk siapkan hidangan dengan cepat.
  • Boleh juga kalau masak gulai ini tanpa kari, tapi pastikan kuahnya berpalit barulah rasanya akan lebih enak dan menyelerakan.
  • Tambah enak kalau Mommy sediakan sambal belacan, nasi panas dan ulam-ulaman untuk dinikmati bersama dengan hidangan gulai ikan ini.
  • Selain bendi, Mommy boleh juga gantikannya dengan sayuran lain seperti timun dan juga nanas. Kalau timun rasanya akan lebih manis manakala nanas pula sedikit masam-masam manis.

Jom cuba resepi ayam masak halia. Try pelbagai resepi menarik yang lain DI SINI.