Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Gulai Sotong Che Nom Yang Pasti Menjilat Jari

Jika Mommy teringin makan gulai, kali ini Motherhood kongsikan pula resepi gulai sotong yang istimewa. Mungkin Mommy tertanya-tanya, apakah perbezaan gulai dengan kari? Sebenarnya tak banyak bezanya, cuma istilah gulai lebih kerap digunakan di negeri utara.

Ada juga yang mengatakan perbezaannya adalah pada penggunaan kunyit, dimana kari tidak menggunakan kunyit, manakala gulai menggunakan sedikit kunyit untuk membuatkannya nampak sedikit kekuningan.

Walau bagaimanapun, penggunaan kunyit tidak akan memberikan perbezaan besar pada rasa gulai atau kari itu.

Juadah gulai sotong amat sesuai dimakan dengan nasi putih kosong sahaja kerana sudah mempunyai kuah dan juga beberapa jenis sayuran yang boleh dimasukkan. Gulai sotong juga sering dibuat menggunakan cili supaya gulainya tidak berasa terlalu muak.

Selain itu, untuk memasak gulai kari cara Melayu, Mommy perlu bancuh serbuk kari bersama sedikit air dan masak hingga minyak pecah.

Ia tak seperti kari dari India dimana karinya amat pekat, jadi sebab itulah ia lebih dikenali sebagai gulai bagi beberapa orang kerana ada sedikit perbezaan dari kari asli India.

Mana-mana jenis yang Mommy suka, boleh selaraskan resepi ini mengikut citarasa Mommy, sama ada nak buat gulai ini secara pekat, atau tidak menambah serbuk kunyit.

Resepi Gulai Sotong (Kari Sotong)

Highlighted

Kredit gambar: Rasa

Jom tengok cara-cara untuk memasak resepi gulai sotong yang amat menyelerakan ini.

Bahan-Bahan:

  • 8-10 ekor sotong (dibersihkan dan dipotong kepala)
  • 2 1/2 sudu serbuk rempah kari udang atau ikan (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 sudu serbuk cili
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 6 batang sayur bendi
  • 1 biji tomato (dibelah empat)
  • 3 sudu pati asam jawa
  • garam
  • gula
  • minyak masak

Bahan Kisar/ Tumbuk Halus:

  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan Tumis Rempah:

  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 tangkai daun kari

Cara-cara Memasak Resepi Gulai Sotong

1. Panaskan minyak dan tumis rempah diikuti dengan bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.

2. Masukkan rempah kari yang sudah dibancuh dengan air, dan juga serbuk cili dan kacau sehingga warna rempah menjadi sedikit gelap dan pecah minyak.

Kredit gambar: Vanilla Kismis

3. Tambah sedikit air jika rempah nampak terlalu kering untuk mengelakkannya daripada menjadi hangus.

4. Masukkan sotong dan pati asam jawa dan gaul seketika.

Kredit gambar: Island Mile

5. Masukkan santan cair dan masak sehingga kuah mendidih.

Kredit gambar: Simply Recipes

6. Setelah mendidih, masukkan santan pekat, bendi, dan tomato.

Kredit gambar: Cookpad

7. Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa. Masak sehingga mendidih.

Kredit gambar: Rasa

Selamat mencuba!

Sumber: Resepi Che Nom