Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Jom Cuba Masak Resepi Hati Ayam Berempah. Menu Penuh Khasiat, Sedap Dan Beraroma Wangi!

resepi hati ayam

Sumber Facebook@MAHN

Resepi hati ayam bukan sahaja sedap dinikmati tetapi ianya turut mengandungi sumber protein yang tinggi dan juga merupakan sumber vitamin A. Sangat bagus untuk Mommy yang mempunyai masalah tekanan darah rendah atau pun penyakit anemia.

Selain kaya dengan sumber protein dan vitamin A, hati ayam juga mengandungi zat besi serta kaya dengan pelbagai mineral. Hati ayam ini juga boleh dimasak dengan pelbagai resepi mengikut citarasa dan selera Mommy.

Selalunya hati ayam ini akan digoreng atau ditambah dengan cili dan bawang untuk rasa yang lagi sedap. Bukan itu sahaja, hati ayam ini juga turut dijadikan sebagai rencah dalam masakan.

Aroma baunya yang harum sangat enak dinikmati dengan nasi putih. Tetapi berpada-pada ketika memakannya kerana hati ayam merupakan makanan yang mempunyai kolesterol tinggi.

Buat Mommy yang sangat menggemari hati ayam, di bawah ini kami telah sediakan sebuah resepi hati ayam berempah istimewa. Selamat mencuba!

Resepi Hati Ayam Berempah

Highlighted


Bahan-bahan:

  • 1/2 kg hati ayam
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
    (semua bahan diatas dibancuh dengan sedikit air supaya ia menjadi pes)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 bawang besar
  • 1 cili merah
  • sedikit garam dan gulaair
  • minyak

Cara-cara:

#1. Mula-mula cuci bersih hati ayam dan potong mengikut kesukaan Mommy. Kemudian ambil periuk dan Mommy masukkan hati ayam, air dan sedikit garam,

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Rebus seketika. Apabila hati ayam bertukar warna dan menjadi sedikit pejal Mommy tutup api ambil penapis dan toskan ia diatas mangkuk. Air tapisan itu boleh Mommy gunakan dalam masakan nanti.

#2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar yang telah Mommy potong nipis berbentuk bulat tadi sehingga ianya berbau wangi.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Kemudian Mommy masukkan bahan-bahan yang telah dibancuh menjadi pes tadi. Selepas itu, tumis sampai ia berbau wangi dan pecah minyak. Mommy boleh tuangkan sedikit air rebusan hati ayam tadi jika kuah terlalu pekat.

#3. Mommy taburkan daun kari dan serbuk lada hitam. Selepas itu tuangkan sos tomato, kicap dan masukkan sedikit gula. Mommy rasa sedikit, jika tidak masin tambahkan garam secukupnya.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

#4. Seterusnya tuang lebihan air rebusan hati ayam tadi beserta hati ayam dan Mommy masak sehingga ia berpalit dengan kuah.

Kredit gambar: Blog Recep Masakan Khas Indonesia

Akhir sekali, Mommy taburkan cili merah yang telah Mommy potong serong. Kacau hingga sebati, padamkan api dan hidangkan bersama nasi panas.

Tips/Petua Memasak Resepi Hati Ayam Berempah

  • Elakkan memilih hati ayam yang berwarna gelap dan ringan kerana ia menunjukkan bahawa ayam tersebut mempunyai penyakit.

Selamat menikmati hidangan yang lazat dan berkhasiat ini!


Dapatkan pelbagai resepi menarik DI SINI.