Aduhai.. kalau dengar je lauk ikan bakar, panggang tawar pun sedap. Apatah lagi kalau yang berempah dan penuh dengan rasa kan?
Haa.. kalau nak belajar cara buat pes ikan bakar dan kaedah yang betul untuk bakar ikan, jom, tengok bahan-bahan dan cara-caranya di bawah.
Resepi Ikan Bakar
Resepi oleh: Che Nom
Bahan-Bahan
Bahan-bahan untuk ikan bakar
- 4 ekor ikan yang bersaiz besar seperti ikan mabong
- Daun pisang secukupnya
- Sedikit minyak masak
Bahan-bahan untuk pes ikan bakar
- 3 biji bawang merah *
- 2 ulas bawang putih *
- Seketul kunyit hidup *
- ½ inci halia *
- Sebatang serai *
- ½ inci lengkuas *
- 2 hingga 3 sudu besar cili kisar *
- ½ sudu besar serbuk kari ikan *
- 2 sudu besar air asam jawa *
- ½ hingga sesudu kecil garam *
- Sedikit air *
- Sesenduk minyak masak
- ½ hingga sesudu kecil gula
Cara-Cara
Cara buat pes ikan bakar
1. Pertama sekali, kisarkan halus kesemua bahan bertanda * untuk buat pes ikan bakar.
2. Kemudian, panaskan minyak masak dan tumiskan bahan kisar halus ini sehingga pecah minyak.
3. Masukkan pula gula dan tambah air jika pes terlalu pekat ya.
4. Sambung tumis selama 15 minit gitu dan siap pesnya.
Cara bakar ikan bakar
1. Kelarkan ikan pilihan supaya pes lebih menyerap nanti.
2. Kemudian lumurkan pes pada ikan, masukkan di celah-celah kelar ikan dan perutnya juga.
3. Dah siap, balutkan ikan dalam daun pisang. Tambahkan pes jika perlu dan ada lebih.
4. Kemudian, panaskan minyak sedikit di dalam pan dan bakarkan ikan dengan api sederhana. Tutup pan jika perlu, tapi jangan sepenuhnya ya.
5. Bila ikan dah nak masak, bolehlah nak balikkan sekejap.
6. Ikan bakar dah masak!
Tips Memasak Ikan Bakar
- Kalau Mommy tak ada daun pisang, boleh je gantikan dengan daun kunyit. Dua-dua sedap tau.
- Ikan yang bersaiz kecil kurang sesuai untuk resepi ini. Nanti dah masak, isinya tak banyak sebab agak kecut dan lebih mudah hancur.
Tengok juga resepi-resepi yang lain di SINI. Mudah, cepat, dan tentunya sedap!