Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Buat Resepi Ikan Keli Berlada Nampak Simple Tetapi Rasanya Sangat Enak

resepi ikan keli berlada

Kredit gambar: utusantv.com

Resepi ikan keli berlada antara salah satu menu yang sangat digemari ramai kerana mempunyai rasa yang sangat sedap, manis dan sedikit pedas. Resepi ini juga sering dijadikan menu wajib yang dijual di kedai-kedai makan.

Kalau Mommy sering berkunjung ke kedai atau restoran yang menghidangkan pelbagai aneka menu masakan tengah hari, Mommy pasti perasan ikan keli berlada ini sangat cepat habis.

Disebabkan ia sangat digemari, melalui perkongsian kali ini kami kongsikan resepi masak berlada ini untuk dijadikan rujukan Mommy memasak nanti. Selamat mencuba!

Cara Penyediaan Resepi Ikan Keli Berlada

Bahan-bahan:

  • Seekor ikan keli yang bersaiz besar
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 biji bawang besar*
  • 12 batang cili merah*
  • 5 biji cili padi* (Boleh tambah jika sukakan pedas)
  • Sebiji bawang holland
  • Sedikit air asam jawa
  • 3 helai daun limau purut
  • Garam
  • Minyak masak
  • Serbuk kunyit

Cara-cara masak:

#1. Cuci bersih ikan keli dengan limau atau asam jawa untuk hilangkan bau hanyir. Potong kepada beberapa bahagian, bilas dan toskan.

Highlighted

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Setelah itu, lumur ikan keli dengan serbuk kunyit dan garam.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan keli tadi sehingga ia menjadi garing. Angkat, toskan minyak dan ketepikan. Tumbuk halus semua bahan yang bertanda.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#4. Gunakan minyak yang Mommy goreng ikan tadi, panaskan semula lalu tumis semua bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga ia masak atau pecah minyak dan naik bau.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Setelah itu, masukkan air jika terlalu kering bersama dengan sedikit air asam jawa. Maukkan pula daun limau purut serta bawang holland dan perasakan. Kemudian masukkan ikan keli yang telah digoreng tadi. Gaul sebati dan siap untuk dihidangkan.

Tips Menyediakan Resepi Ikan Keli Berlada:

  • Lumur ikan keli tersebut dengan tepung gandum atau jagung, kemudian panaskan minyak dan masukkan sedikit tepung ke dalam minyak tersebut, barulah dimasukkan ikan.
  • Kalau Mommy beli ikan keli di pasar, biasanya penjual sudah membuang isi perut dan jika pelanggan mahu, kepala ikan keli juga akan dibuang. Walaupun kepala ikan keli tiada isi, tetapi rasanya lebih lazat dan manis berbanding isinya. Oleh itu, ketika ingin memasak menu ikan keli, lebih baik kepalanya tidak dibuang. Walau apa pun, ikut selera dan cita rasa Mommy sendiri.
  • Di antara leher ikan keli dan bahagian badannya, terdapat gumpalan darah kecil di bahagian kiri dan kanan tulang belakang ikan keli. Pastikan Mommy membuangnya terlebih dahulu.
  • Rendam ikan keli dalam air limau dan asam jawa seketika sebelum Mommy bersihkannya.
  • Untuk elakkan ikan keli meletup semasa menggoreng, Mommy perlu buat banyak kelaran pada ikan agar proses pengeringan air dari badan ikan lebih cepat.

Jom cuba pelbagai resepi menarik yang lain di SINI.