Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Buat Resepi Ikan Masak Asam Yang Ringkas dan Menyelerakan

resepi ikan masak asam

Kredit gambar: Youtube @DayangSuri

Kalau Mommy suka memasak masakan yang ringkas tetapi boleh membangkitkan selera, apa kata kalau Mommy cuba masak resepi ikan masak asam ini? Memang sangat sedap jika dinikmati dengan nasi yang masih lagi panas, anak-anak pun pasti akan menggemarinya.

Menu ini sangat simple dan tak memerlukan banyak bahan untuk menyediakannya. Ia sangat cepat dimasak dan sesuai untuk Mommy yang berkerjaya dan sibuk dalam pelbagai urusan.

Terdapat dua versi resepi yang kami kongsikan, Mommy boleh pilih yang mana satu menjadi kegemaran Mommy. Selamat mencuba!

Cara Memasak Resepi Ikan Masak Asam

Resepi Versi I

Bahan-bahan:

  • Beberapa ketul ikan Isi (ikan merah/ikan nyok-nyok dan lain-lain)
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Cili besar
  • Cili padi
  • Biji sawi
  • Halia
  • Air asam
  • Cuka dua sudu makan
  • Air
  • Garam
  • Timun

Cara-cara masak:

#1. Gaul isi ikan dengan kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng isi ikan sehingga garing.

Highlighted

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Ambil sedikit minyak yang sama, tumis bahan-bahan yang telah dipotong sehingga bertukar warna menjadi kekuningan dan naik bau.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Kemudian, masukkan air, cuka serta air asam dan tunggu sehingga ia mendidih.

#3. Apabila kuah sudah mendidih, Mommy masukkan ikan, dan perasakannya. Siap untuk dihidang. Sangat enak dinikmati bersama dengan nasi yang masih lagi panas.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Resepi Versi II

Bahan-bahan:

  • 3 ketul isi ikan merah
  • 2 ulas bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sdt biji sawi
  • 1 cawan air
  • 1 sdb pes asam jawa
  • Tomato ceri
  • Cili padi

Cara-cara masak:

#1. Cuci sehingga bersih isi ikan merah tersebutd dan toskan airnya. Kemudian, lumur isi ikan dengan garam dan serbuk kunyit sehingga sebati.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan minyak tersebut. Setelah minyak panas, Mommy masukkan perlahan-lahan ikan ke dalamnya. Goreng ikan tersebut. Pastikan ia tidak garing kerana kalau terlalu garing, agak sukar untuk kuah menyerap masuk ke dalam isi ikan nanti.

#2. Kemudian, Mommy tumis pula bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dihiris nipis. Tumis sehingga ia berwarna kekuningan.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Setelah itu, masukkan pula biji sawi dan tumis sehingga ia berbau wangi,

#3. Apabila sudah berbau wangi, Mommy terus masukkan air asam jawa yang telah dibancuh dengan 1 cawan air.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#4. Seterusnya, masukkan ikan yang telah digoreng, tomato dan juga cili.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#5. Perasakan dengan garam, biarkan ia mendidih sebentar dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Tips Memasak Resepi Ikan Masak Asam

  • Untuk dapatkan rasa pedas, Mommy boleh tambah cili padi ikut pedas yang diinginkan. Tetapi kalau anak-anak tidak sukakan pedas, tak masukkan cili padi pun boleh. Rasanya tetap sedap.

Selamat menjamu selera!


Jom cuba pelbagai resepi menarik yang lain di SINI.