Dalam banyak-banyak masakan berkuah resepi ikan masak kicap merupakan pilihan popular yang sangat digemari oleh anak-anak. Rasanya yang manis dan berlemak mampu memikat hati anak-anak dan lantas membuatkan mereka menambah nasi berpinggan-pinggan.
Sebagai ibu, Mommy pasti happy kan melihat anak-anak berselera makan?
Kebiasaannya, masakan kicap ini ikan yang selalu digunakan adalah ikan temenung. Tapi untuk resepi kali ini kita cipta sedikit kelainan dengan memilih ikan bawal emas sebagai menu masak kicap.
Selain isinya yang manis, ikan bawal emas ini turut mempunyai pelbagai khasiat penting untuk kesihatan kita. Antara khasiatnya adalah mengawal kadar kolesterol dalam badan, meningkatkan perkembangan otak, mencegah strok dan sebagainya.
Malah, kalau Mommy nak tahu juga, ikan bawal ini juga membantu pertumbuhan kanak-kanak.
Alang-alang mereka menyukai masakan kicap, selitkan juga khasiat yang terdapat dalam ikan bawal ini untuk tumbesaran mereka yang lebih baik. Mommy boleh semak resepi yang telah kami kongsikan di bawah ini.
Selamat mencuba menu masakan lazat penuh khasiat ini buat keluarga tersayang. !
Cara Memasak Resepi Ikan Masak Kicap
Bahan-bahan :
- 4 ketul ikan bawal emas
- sedikit serbuk cili
- serbuk kunyit
- serbuk kari ikan
- sedikit serbuk jintan putih
- daun kari
- bawang merah (dipotong halus)
- bawang putih (dipotong halus)
- sedikit halia (dipotong halus)
- 2 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar cuka
- 1 sudu besar sos cili
- 3 sudu besar air
- garam
Cara-cara masak :
#1. Sapu serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk kari ikan dan garam pada ikan.
Goreng dengan sedikit minyak, jangan terlampau garing. Lebih sedap dinikmati dengan isi yang lembut.
2. Potong halus bawang merah, bawang putih dan halia.
Kemudian panaskan minyak dan tumis sehingga garing. setelah bawang menjadi layu dan garing masukkan sos cili, cuka, kicap cair, kicap pekat dan sos tiram.
#3. Tambah tiga sudu besar air, gaul mesra semua bahan. Perasakan.
Apabila kuah sudah menjadi pekat, bolehlah dituangkan ke atas ikan yang telah siap digoreng tadi. Taburkan jintan putih yang telah disangai di atas ikan tersebut. Siap untuk dihidang.
Tips/Petua :
- Kalau Mommy sukakan rasa yang pedas, boleh tambah cili padi dalam masakan.
Semoga perkongsian resepi ini, Mommy mendapat ilham yang secukupnya untuk memasak nanti. Selamat menjamu selera!
Dapatkan lebih banyak resepi yang sedap dan menarik diĀ SINI.