Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Buat Resepi Ikan Masak Taucu Yang Sedap Menyelerakan!

resepi ikan masak taucu

Kredit gambar: akuman999.blogspot.com

Cara penyediaan resepi ikan masak taucu sangat mudah untuk disediakan. Resepi ini sangat simple tetapi mampu membuat anda menambah nasi. Antara ikan yang sering digunakan ialah ikan cencaru, ikan kembung, ikan selar, isi ikan tenggiri dan banyak lagi. Masa untuk menyediakannya juga tidaklah mengambil masa yang panjang.

Ikan masak taucu ini sangat sedap jika dimakan bersama nasi panas. Jika Mommy seorang yang bekerjaya menu ini boleh dijadikan pilihan untuk santapan Mommy sekeluarga.

Di sini kami kongsikan cara memasak ikan cencaru masak taucu yang simple tetapi sedap untuk Mommy cuba. Selain ikan cencaru Mommy boleh sahaja menggantikannya dengan ikan jenis lain mengikut selera dan citarasa Mommy.

Resepi Ikan Masak Taucu

Berikut merupakan cara-cara untuk memasak ikan masak taucu yang sedap dan lazat iaitu:

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan cencaru saiz sederhana
  • 2 sudu taucu
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 10 biji cili padi
  • 2 sudu taucu
  • 1 susu sos cili
  • 1 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap manis
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • garam secukupnya
  • kunyit secukupnya

Cara-cara masak:

#1. Mula-mula, Mommy siang ikan dan cuci sehingga bersih dan gaulkan ikan cencaru bersama kunyit dan garam secukupnya.

Highlighted

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Selepas itu Mommy panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Ketepikan.

#2. Dengan menggunakan minyak yang sama (kurangkan jika perlu), tumis semua bahan yang telah dihiris sehingga naik bau dan warnanya bertukar menjadi keperangan.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Selepas itu masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis dan taucu.

#3. Setelah ia mendidih, tuangkan air asam jawa. Masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#4. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng sebentar tadi dan biarkan ia masak seketika.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Padamkan api, sedia untuk dihidangkan. Ikan masak taucu anda lebih sedap dimakan bersama dengan nasi yang masih panas.

Tips/Petua Hidangan Resepi Ikan Masak Taucu

  • Untuk menambah keenakan ketika menikmatinya, Mommy boleh sediakan sambal belacan dan timun sebagai ulam.

Dapatkan juga resepi ikan patin masak tempoyak di SINI!