Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Sahur Tak Lengkap Tanpa Lauk Ini! Resepi Kacang Buncis Shiitake Yang Penuh Dengan Nutrisi

Kredit gambar: Bigoven

Kalau Mommy mahu bersahur bersama nasi berbuka semalam tetapi tak tahu nak masak sayur apa, boleh cuba menu sahur harini! Mesti sahur tak lengkap kalau tidak ada sayur goreng kan?

Tips memasak sayur ni mula-mula keratkan kacang buncis, rebuskan sekejap dan agak-agak dah lembut tu, boleh toskan. Senang sahaja!

Kalau tidak ada kacang buncis? Macam mana pula? Jangan risau! Mommy boleh gantikan dengan sayur lain seperti brokoli, asparagus atau yang mana Mommy atau suami ke anak-anak Mommy suka!

Mari cuba resepi di bawah~

Print

Resepi Kacang Buncis Shiitake

Ingredients

  • 5 ulas bawang putih Dicincang
  • 3 tangkai cendawan shiitake
  • cili kering Digunting kecil
  • 3-4 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan tepung jagung Gaul dengan air
  • Sedikit perasa/garam Jika perlu

Instructions

  • Panaskan wok pan, masukkan sedikit minyak masak dan tumiskan bawang putih dan cili kering sehingga wangi.
  • Bila dah sedikit garing masukkan cendawan, sos tiram dan sedikit air. Biarkan masak sebentar.
  • Taburkan sedikit perasa dan kemudian air tepung jagung.
  • Perasakan dengan garam jika perlu. Dah siap, tuangkan atas sayur tadi.

Apa sebenarnya yang special sangat tentang cendawan shiitake ni? Ada penambah rasa ke dekat masakan sayur kita?

Mestilah ada! Mari kita lihat apa khasiat cendawan ni sebenarnya.

Khasiat Cendawan Shiitake

Kredit gambar: The kitchen Magpie

Mengikut kajian, shiitake ini adalah cendawan yang rendah kalori. Cendawan seperti ini juga menawarkan jumlah serat yang baik, serta vitamin B dan beberapa mineral. Senarai mineral dan nutrienya adalah:

  • Serat
  • Riboflavin
  • Niasin
  • Kuprum
  • Vitamin B5
  • Selenium
  • Mangan
  • Zink
  • Vitamin B6
  • Folat
  • Vitamin D

Makanan Tambahan

Selain itu, shiitake mengandungi banyak asid amino yang sama seperti kalau kita makan daging.

Ia juga mempunyai vitamin dan nutrien yang memberi kesan meningkatkan imun, menurunkan kolesterol, dan antikanser tau!

Kredit gambar: Growing blog

Banyak negara Asia menggunakan shiitake sebagai supplemen dan perubatan mereka. Terutamanya dalam perubatan Cina. Supplemen shiitake dianggap dapat meningkatkan kesihatan dan umur panjang, serta meningkatkan peredaran.

Haaa, kan banyak khasiat daripada cendawan ini! Sekarang Mommy dah tahu, boleh la cepat masak untuk sahur!

Selamat mencuba ya Mommy~

Kredit: Instagram Mori_Said


Jom cuba resepi lain yang sesuai untuk sahur dan Ramadan Mommy di SINI.