Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan Yang Mudah Dan Sedap

resepi kari ayam tanpa santan

Sumber : Amie's Little Kitchen

Resepi kari ayam tanpa santan sangat senang untuk dimasak dan pastinya akan membangkitkan selera suami dan juga anak-anak. Paling best menu ini juga sangat sesuai untuk santapan di waktu petang. Jadi Mommy pun senang kerja tak perlu lagi pening kepala hendak fikir menu apa pula untuk dimasak pada petang nanti.

Untuk santapan petang, Mommy boleh hidangkan resepi kari ayam tanpa santan ini  dicicah bersama dengan roti. Nak lagi sedap, Mommy panaskan semula rempah kari ini biar berpalit dengan ayam. Anak-anak pasti akan lebih menyukainya.

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan versi 1

Bahan-bahan

  • Potongan ayam bahagian bertulang
  • 3-4 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 hiris halia ditumbuk
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 biji bawang merah
  • 2-3 tangkai cili kering dipotong
  • 1-2 biji cili hijau
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2-3 kuntum bunga cengkih
  • 1 biji buah pelaga
  • 1 batang lobak merah dipotong dadu
  • 1-2 biji tomato dipotong dadu
  • 1 sudu teh asam jawa dibancuh dengan air
  • Sedikit biji ketumbar
  • Sedikit jintan manis
  • 1 paket kecil serbuk kari pedas
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

Cara-cara

#1. Panaskan minyak masak, kemudian tumiskan bawang putih, halia dan juga bahan-bahan rempah sehingga naik bau wangi.

Highlighted

Sumber Facebook@ResepiInsider

Selepas itu, masukkan bawang merah, cili kering, cili hijau dan juga daun kari. Kacau sehingga masak dan warna bertukar menjadi kuning-kekuningan.

#2. Seterusnya, masukkan tomato dan kacau hingga tomato menjadi lembik.

Sumber Facebook@ResepiInsider

#3. Tumbuk sedikit biji ketumbar dan jintan manis sehingga lumat. Kemudian masukkannya ke dalam bahan tumisan bersama dengan serbuk kari pedas dan serbuk kunyit.

Sumber Facebook@ResepiInsider

Kacau sebati dan masak sehingga rempah pecah minyak dan berbau wangi. Setelah rempah masak, masukkan ayam dan gaul sebati. Masukkan pula air dan lobak merah. Tuang bancuhan air asam jawa.

Sumber Facebook@ResepiInsider

#4. Tutup periuk dengan api yang sederhana. Biarkan sehingga masak sempurna. Tambahkan garam, gula dan perasa secukupnya. Sedia untuk dihidang.


Resepi Kari Ayam Tanpa Santan versi 2

Sumber Facebook@Kongsi Resepi Mudah

Bahan-bahan

  • 600 gram ayam – potong ikut saiz yang disukai
  • 2 biji kentang
  • 4 sudu besar rempah daging
  • 4 sudu besar minyak
  • 700 ml air
  • 1 sudu kecil parutan gula melaka
  • 1 sudu besar perahan jus limau nipis
  • garam/serbuk perasa pilihan

Bahan tumis

  • 1 labu bawang besar – dihiris
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 batang serai – diketuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 sudu kecil jintan manis

Bahan kisar

  • 1 labu bawang besar
  • 3 cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 biji tomato

Cara-cara

#1. Mula-mula panaskan minyak dalam kuali terlebih dahulu.

Sumber Facebook@Kongsi Resepi Mudah

Masukkan rempah 4 sekawan iaitu kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan rempah tambahan iaitu jintan manis.

#2. Kemudian, masukkan pula serai, bawang besar dan juga daun kari. Tumis sehingga bahan masak kekuning-kuningan dan naik bau.

Sumber Facebook@Kongsi Resepi Mudah

Selepas itu, masukkan semua bahan dan biarkan seketika.

#3. Masukkan pula rempah kari dan sedikit air. Tumis sehingga ianya pecah minyak.

Sumber Facebook@Kongsi Resepi Mudah

Setelah ayam dan kentang empuk, perasakan dengan garam dan sedikit perasa. Tuangkan perahan jus limau nipis, kacau seketika baharulah padamkan api dapur.

Petua Menyediakan Resepi Kari Ayam Yang Sedap

Semasa tengah menumis rempah kari, Mommy perlu pastikan rempah kari betul-betul masak sehingga ianya pecah minyak. Untuk makluman Mommy, kalau rempah tak pecah minyak dan tak masak dengan sempurna, nanti kari akan rasa payau dan juga pahit.

Semoga perkongsian resepi ini mampu memikat selera Mommy sekeluarga!


Jom cuba pelbagai resepi lazat yang lain di SINI.