Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Buat Resepi Kek Batik Lembut Dalam 3 Versi Rasa – Rasai Nikmat Yang Berbeza!

resepi kek batik lembut

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Alang-alang biskut marie ada banyak di dapur tu, jom Mommy kali ni kita buat resepi kek batik lembut yang sangat popular sebagai dessert? Bosan kan kalau asyik cicah biskut dengan air kopi je? Jadi, solusinya kita tukar menu harian biar bagi jadi special sikit!

Nanti siap masak, Mommy boleh hulur dekat jiran-jiran sebelah rumah. Mana tahu kan dek kesedapan kek yang Mommy buat ni, jiran akan buat tempahan lepas ni! Dari situ Mommy sudah boleh jana pendapatan, perut anak-anak kenyang hati Mommy pun riang!

Daripada membiarkan masa berlalu, jomlah kita lihat bagaimana cara nak masak resepi kek batik lembut ini di bawah!

Resepi Kek Batik Lembut

Kredit gambar: Facebook @Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official

Resepi Versi 1

Bahan-bahan:

  • 250 gm buttercup
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1 cawan milo
  • 1 tin susu pekat manis
  • 3/4 tin susu cair
  • 2 bungkus biskut marie

Cara-cara:

#1. Panaskan kuali menggunakan api yang sederhana. Masukkan butter.

Kredit gambar: Facebook @Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official

Setelah butter cair, masukkan serbuk koko dan serbuk milo. Kacau sebati.

#2. Kemudian, tuangkan susu pekat dan susu cair. Gaul rata dan masak sehingga menggelegak.

Kredit gambar: Facebook @Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official

Pecah-pecahkan biskut marie. Jangn terlalu kecil dan masukkan biskut ke dalam kuali. Kacau sehingga ia berpalit dengan coklat dan menjadi lembut.

#3. Selepas itu masukkan kesemua biskut tadi ke dalam loyang dan tekan ia supaya menjadi padat, sejukkan sekejap dan masukkan loyang ke dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam untuk rasa yang lebih sedap.

Kredit gambar: Facebook @Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official

Resepi Versi 2

Kredit gambar: Facebook @Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official

Bahan-bahan:

  • 1 buku butter
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 3/4 cawan milo
  • 1/2 cawan gula
  • 3/4 cawan susu pekat
  • 1 cawan air
  • 4 biji telur
  • Sedikit esen vanila
  • 200 gm biskut marie

Cara-cara:

#1. Mula-mula mommy panaskan kuali. Apabila kuali sudah panaskan, masukkan butter.

Kredit gambar: Facebook @Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official

Kemudian, masukkan air, serbuk koko dan serbuk milo. Kacau supaya ia tidak melekat pada kuali.

#2. Selepas itu masukkan susu pekat dikuti gula. Kacau sebati.

Kredit gambar: Facebook @Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official

Pecahkan telur dan masukkan sedikit esen vanila kedalam adunan tersebut. Kacau sehingga sedikit pekat.

#3. Seterusnya mommy masukkan biskut marie yang telah dipecahkan menjadi kepingan besar dan kacau sehingga ia berpalit dengan adunan tadi dan menjadi lembut.

Kredit gambar: Facebook @Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official

#4. Akhir sekali, masukkan biskut bersalut coklat tersebut ke dalam loyang dan tekan supaya ia mampat. Masukkan ke dalam peti sejuk beberapa jam sebelum memotongnya.

Kredit gambar: Facebook @Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official

Resepi Versi 3

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Bahan-bahan:

  • 600 gm biskut marie
  • 250 gm butter
  • 1 cawan milo
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan air masak
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara- cara:

#1. Panaskan kuali. Masukkan butter dan masak hingga cair menggunakan api yang kecil. Setelah butter cair tuangkan susu pekat dan gaul rata.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Apabila telah sebati, masukkan serbuk koko dan serbuk milo. Kacau pantas untuk mengelak ia berketul.

#2. Seterusnya pecahkan telur dan tuang ke dalam adunan bersama esen vanila, kacau ia biar rata, terus masukkan air dan gaul sehingga menjadi sebati.

#3. Setelah ia sedikit pekat masukkan biskut, gaul rata agar ia berpalit dengan coklat.

#4. Kek yang sudah siap bersalut coklat dan lembut tersebut, mommy masukkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan pelapik plastik terlebih dahulu dan tekan ia supaya mampat.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#5. Tuang cream cheese dan ratakan diatas kek lalu masukkan kedalam peti sejuk untuk seketika.

#6. Akhir sekali keluarkan kek dan tuang pula topping pada permukaan kek. Simpan kek didalam peti sejuk beberapa jam sebelum memotongnya.

Bahan-bahan untuk lapisan cream cheese:

  • 250 gm cream cheese
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 50 gm gula kastor
  • 120 gm whipping cream
  • 12 gm serbuk gelatin
  • 50 ml air panas

Cara-cara:

#1. Masukkan gelatin kedalam air panas dan ketepikan. Seterusnya, putar cream cheese, esen vanila,
gula kastor sehingga sebati. Kemudian masukkan gelatin yang sudah cair tadi dan putar lagi.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Selepas itu masukkan whipping cream dan putar seketika. Setelah siap, tuang di atas biskut tadi.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk topping:

  • 200 gm coklat masakan
  • 200 ml whipping cream
  • 1 sudu besar butter

Cara-cara:

#1. Mommy masak secara double boil kesemua bahan di atas dan biarkan ia sejuk.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Diharapkan dengan perkongsian ini, Mommy senang hati dan suka dengan hasilnya nanti. Selamat menjamu selera!

Tips/Petua Resepi Kek Batik Lembut

  • Untuk potong kek nanti, Mommy guna pisau yang panjang. Rendam pisau di dalam air panas dalam 10 saat. Lap pisau dulu bagi kering, dan potong bahagian tepi yang tak cantik.
  • Keluarkan kek dari loyang dengan letakkan cawan di bahagian bawah. Kalau guna loyang biasa, tarik je baking paper kat atas tu. Letak terus atas papan kek dan koyak baking paper bahagian tepi sementara kek masih lagi keras.
Print

Resepi Kek Batik Lembut

Ingredients

Bahan-bahan:

  • 1 buku buttercup
  • 3/4 cawan milo
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 3/4 cawan susu pekat
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 4 biji telur
  • 200 gm biskut marie

Instructions

Cara-cara:

  • Mula-mula mommy panaskan kuali. Apabila kuali sudah panaskan, masukkan butter.
  • Kemudian, masukkan air, serbuk koko dan serbuk milo. Kacau supaya ia tidak melekat pada kuali.
  • Selepas itu masukkan susu pekat dikuti gula. Kacau sebati.
  • Pecahkan telur dan masukkan kedalam adunan tersebut. Kacau sehingga sedikit pekat.
  • Seterusnya Mommy masukkan biskut marie yang telah dipecahkan menjadi kepingan besar dan kacau sehingga ia berpalit dengan adunan tadi dan menjadi lembut.
  • Akhir sekali, masukkan biskut bersalut coklat tersebut ke dalam loyang dan tekan supaya ia mampat. Masukkan ke dalam peti sejuk beberapa jam sebelum memotongnya.

Dapatkan juga pelbagai resepi menarik yang lain di SINI!