Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Kek Coklat Bakar Dalam 3 Versi Paling Mudah – Mommy Pasti Suka Hasilnya Nanti!

resepi kek coklat bakar

Kredit gambar: Facebook @ANEKA RESEPI UNTUK ANDA

Tak lama lagi dah birthday anak, apa kata kalau kali ini Mommy buat sendiri kek iaitu resepi kek coklat bakar yang sangat sedap ni? Bukan apa, kalau selama ni asyik beli je, kali ni Mommy buat sedikit kelainan untuk cipta momen terindah untuk anak-anak dengan adanya kek coklat moist bakar.

Mommy tak perlu risau kalau tak pandai buat, sebabnya dalam perkongsian kali ini Motherhood akan bantu Mommy dengan menyediakan panduan untuk menyediakan resepi kek coklat moist bakar dalam tiga versi.

Dengan cara ini, Mommy dah boleh buat pilihan kek coklat bakar mana yang Mommy suka! Tanpa membuang masa jom lihat semua resepi di bawah ini, selamat mencuba!

Resepi Kek Coklat Bakar Dalam 3 Versi 

Highlighted

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Resepi Versi I

Bahan-bahan:

  • 1 cawan 1/2 tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/4 cawan air panas

Cara-cara:

#1. Pecahkan telur dan masukkan gula. Mommy kacau sehingga kembang.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Seterusnya masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat. Masukkan serbuk koko. Kacau sehingga semua campuran sebati.

#3. Kemudian tuangkan minyak dan kacau biar ia sebati.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#4. Selepas itu tuangkan air panas dan kacau sebati. Adunan mestilah tidak terlalu cair atau terlalu pekat.

#5. Akhir sekali tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170 selama 50 minit atau sehingga kek masak.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Resepi Versi II

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • 2 cawan gula icing
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 sudu besar serbuk nescafe
  • 1/2 cawan air panas yang mendidih
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:

#1. Pecahkan telur dan pukul ia bersama gula sehingga kembang. Kemudian masukkan esen vanila dan garam. Pukul sekejap biar sebati.

#2. Seterusnya tuang tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu cair dan minyak serta serbuk nescafe yang telah dibancuh dengan air panas mendidih terlebiih dahulu. Ulangi langkah sehingga habis.

#3. Akhir sekali tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu marjerin dan bakar sehingga masak.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Resepi Versi III

Kredit gambar: Facebook @ANEKA RESEPI UNTUK ANDA

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 150gm pisang emas
  • 1 sudu kecil esen creamy vanila
    *Lenyekkan pisang bersama esen creamy vanila dan biarkan ia seketika
  • 2 biji telur (whisk sehingga kembang)
  • 60 ml buttermilk (60ml susu segar dicampur bersama 1 sudu kecil cuka, biarkan lebih kurang 10 minit)
  • 115gm buttercup (dicairkan)

Bahan B:

  • 170gm tepung gandum
  • 40gm serbuk koko
  • 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 1/2 kecil baking powder
  • 120gm gula perang
  • Garam

Bahan C:

  • 60gm coklat chips

Topping:

  • 30gm kacang walnut
  • 30gm Beryl’s milk compound
  • 30gm coklat chips

Cara-cara:

#1. Mommy whisk kesemua bahan A dan ketepikan seketika.

Kredit gambar: Facebool @ANEKA RESEPI UNTUK ANDA

#2. Kemudian ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat dan masukkan gula dan garam secukupnya lalu gaul sehingga semuanya sebati.

Kredit gambar: Facebook @ANEKA RESEPI UNTUK ANDA

#3. Selepas itu masukkan adunan A tadi kedalam adunan B. Dengan menggunakan spatula Mommy kaup-kaupkan adunan supaya ia sebati. Seterusnya masukkan bahan C dan gaul lagi biar ia sekata.

Kredit gambar: Facebook @ANEKA RESEPI UNTUK ANDA

#4. Setelah selesai tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper terlebih dahulu.

Kredit gambar: Facebook @ANEKA RESEPI UNTUK ANDA

#5. Akhir sekali, taburkan topping dan bakar pada suhu 160 darjah celcius antara 45 ke 50 minit atau sehingga kek masak.

Tips/Petua Menyediakan Resepi Kek Coklat Bakar

  • Untuk memastikan kek sudah masak, cucuk kek menggunakan garfu. Jika kek tidak melekat, bermakna ia telah masak sempurna.

Semoga dengan panduan cara membuat resepi kek coklat moist bakar ini, Mommy berpuas hati dengan hasilnya nanti!


Dapatkan juga tips dan petua masakan serta resepi menarik yang lain di SINI!