Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Mudah Buat Resepi Kek Marble Tanpa Perlu Banyak Bahan – Yang Pasti Tetap Sedap!

Kredit gambar: Facebook @Azlina Ina Fans

Memandangkan sekarang ini musim ramai orang suka makan benda yang manis dan sejuk dingin, pada kali ini Motherhood nak kongsikan resepi kek marble yang gebu, lembut dan sangat mudah dimasak.

Semua bahan untuk membuat resepi ini juga tidak semahal mana dan yang pastinya semua adalah bahan dapur dan bahan asas membuat kek sahaja.

Kalau dah bahan pun banyak yang asas sahaja, memang mudah la kan cara buatnya?

Mommy tak perlu kemahiran untuk buat kek pun, apa yang Mommy perlu ada kerajinan, semangat untuk cuba dan bahan untuk memasak. Ada dua 3 benda ni semua akan jadi mudah!

Tanpa membuang masa, jom Mommy kita lihat bahan apa yang diperlukan untuk membuat resepi ini di bawah!

Resepi Kek Marble

Kredit gambar: Facebook @Azlina Ina Fans

Bahan-bahan

  • 6 biji telur
  • 1 sudu besar ovalate
  • 1 cawan gula halus
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 150gm butter atau marjerin
  • 1/4 cawan susu segar
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

#1. Untuk buat resepi kek marble simple ini, Mula-mula Mommy masukkan kesemua bahan kecuali butter atau mentega ke dalam bekas mixer.

Kredit gambar: Facebook @Azlina Ina Fans

Putar menggunakan putaran perlahan beberapa saat sebelum menukar kepada putaran laju. Putar sehingga adunan menjadi gebu dan ringan.

#2. Cairkan butter atau mentega dan tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sebati. Pastikan butter atau mentega tersebut telah sejuk terlebih dahulu.

Kredit gambar: Facebook @Azlina Ina Fans

#3. Kemudian bahagikan adunan kepada empat bahagian dan masukkan pewarna kesukaan Mommy.

Kredit gambar: Facebook @Azlina Ina Fans

#4. Sediakan loyang dan tuang adunan sesenduk demi sesenduk sehingga habis dan lakarkan corak mengikut kreativiti Mommy.

Kredit gambar: Facebook @Azlina Ina Fans

#5. Panaskan oven dan masukkan loyang pada tingkat bawah. Bakar kek pada suhu 160°C selama 50 minit atau sehingga kek marble masak.

Tips Menyediakan Resepi Kek Marble

  • Bagi memastikan kek marble sudah masak, cucuk bahagian tengah kek menggunakan cucuk besi, jika kek tidak melekat, itu bermakna kek marble Mommy telah masak dengan sempurna.
  • Jangan membuka pintu oven dengan kerap kerana ia boleh menyebabkan kek marble bantat.
  • Elakkan menggunakan telur yang disimpan didalam peti sejuk secara terus.
  • Semasa membakar pastikan loyang berada di bahagian tengah oven bagi mendapatkan kek marble yang masak sempurna.
  • Bagi mengelakkan kek marble daripada melekat pada loyang, sapukan loyang menggunakan berus pastri semasa menyapu mentega atau butter.
Print

Resepi Kek Marble

Course Pencuci Mulut
Cuisine Melayu
Keyword Kek, Kuih, dan Pastri

Ingredients

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur
  • 1 sudu besar ovalate
  • 1 cawan cawan gula halus
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 150 gm butter atau marjerin
  • 1/4 cawan susu segar
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil esen vanila

Instructions

Cara-cara:

  • Untuk buat resepi kek marble simple ini, Mula-mula Mommy masukkan kesemua bahan kecuali butter atau mentega ke dalam bekas mixer.
  • Putar menggunakan putaran perlahan beberapa saat sebelum menukar kepada putaran laju. Putar sehingga adunan menjadi gebu dan ringan.
  • Cairkan butter atau mentega dan tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sebati. Pastikan butter atau mentega tersebut telah sejuk terlebih dahulu.
  • Kemudian bahagikan adunan kepada empat bahagian dan masukkan pewarna kesukaan Mommy.
  • Sediakan loyang dan tuang adunan sesenduk demi sesenduk sehingga habis dan lakarkan corak mengikut kreativiti Mommy.
  • Panaskan oven dan masukkan loyang pada tingkat bawah. Bakar kek pada suhu 160 darjah celcius selama 50 minit atau sehingga kek marble masak.

Semoga dengan adanya panduan cara buat kek marble seperti yang kami kongsikan di atas ini, Mommy lebih bersemangat untuk menyediakan marble cake resepi yang sangat sedap dan digemari ramai!

Selamat mencuba!


Selain dari resepi kek marble, Mommy boleh dapatkan pelbagai lagi resepi menarik yang lain di SINI!