Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Guna Air Fryer Sahaja! Jom Cuba Resepi Kentang Bakar Oregano Yang Sangat Menyelerakan Ini

Mommy tak tahu nak masak apa harini? Boleh cuba resepi terbaharu kami, Kentang Bakar Oregano. Sangat mudah, dan bahan-bahannya juga ada di rak dapur Mommy.

Sebelum kita teruskan, Motherhood ingin kongsikan tentang khasiat kentang dan juga rempah yang semakin menjadi kegemaran ramai iaitu, oregano.

Eh, oregano bukan guna dalam masakan Barat je ke?

Ya, bukan Mommy. Oregano pun boleh guna untuk dimasak bersama kentang. Jom kita baca untuk maklumat lanjut.

Khasiat Kentang dan Oregano

Sumber: Centre of plate
  • Kentang

Kentang selalu menjadi pengganti nasi dan merupakan salah satu sumber karbohidrat yang cukup digemari oleh ramai orang.

Selain karbohidrat, kentang juga kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral penting bagi kesihatan tubuh badan. Vitamin dan mineral tersebut adalah kalsium, fosfor, kalium, dan vitamin C.

Antara kebaikan makan kentang adalah:

  • Menurunkan risiko penyakit kronik
  • Membantu mengurangkan kadar gula dalam darah
  • Menjaga kesihatan sistem pencernaan
  • Menurunkan tekanan darah
  • Meningkatkan fungsi saraf dan otak
  • Menjaga kesihatan jantung

Tips Penyimpanan Kentang

Kentang bukan sahaja baik untuk kesihatan, tetapi ia juga berbahaya apabila tidak disimpan dengan betul. Kalau kentang terlalu expose kepada matahari, ia akan menghasilkan solanine. Solanine menimbulkan rasa pahit dan beracun apabila dimakan dengan jumlah banyak.

Oleh itu, Mommy perlu mengetahui cara penyimpanan kentang yang betul. Kentang perlu disimpan di tempat yang sejuk, kering, dan mempunyai pengudaraan yang cukup. Kalau kentang sudah dikupas, rendam dalam dalam air untuk elakkan daripada ia bertukar warna.

Panggang, Rebus atau Goreng? Mana yang lagi baik?

Mommy mesti tahu kan makan oily foods, tak elok untuk kesihatan. Sebab itulah, makan kentang goreng dalam jumlah yang banyak boleh meningkatkan risiko penyakit, seperti serangan jantung, diabetes dan sebagainya.

Untuk pengetahuan Mommy, kentang yang digoreng mengandungi lebih banyak lemak trans dan lemak tepu, serta kalori yang tinggi sama seperti nasi.

Dipanggang, ditumis, atau direbus boleh dijadikan alternatif untuk diet yang boleh membantu proses menurunkan berat badan.

  • Oregano

Sumber: One Green Planet

Oregano juga banyak kebaikannya. Daun oregano memiliki rasa yang kuat dan menaikkan aroma hidangan, disertakan dengan rasa manis oregano yang just nice orang kata.

Selalunya digunakan dalam jumlah kecil, oregano mengandungi beberapa nutrisi penting.

Untuk pengetahuan Mommy, satu sudu teh oregano kering dapat memberikan sekitar 8% sumber vitamin K harian pada tubuh badan kita. 

Oregano juga tiada kalori dan kaya dengan antioksidan, vitamin K, vitamin A, vitamin E, vitamin C, kalsium, dan zat besi.

Antara kebaikan oregano adalah:

  • Kaya dengan antioksidan
  • Memiliki sifat antikanser
  • Membantu melawan bakteria
  • Membantu mengurangi virus infection
  • Membantu memulih luka pembedahan
  • Dapat kurangkan peradangan
  • Membantu mengawal diabetes
  • Menurunkan kadar kolesterol
  • Membantu menjaga usus

Selepas mengetahui semua khasiat ini, boleh la Mommy cuba resepi ini! Seperti yang dinyatakan di atas, resepi kali ini adalah Kentang Bakar Oregano.

Team Motherhood dah cuba dan boleh katakan, bau oregano tu sahaja dah membuatkan kita terliur. Rasanya yang empuk dicampur dengan luar kentang yang sedikit garing, umph marvellous!

Daripada dijadikan lauk sampingan bersama nasi, terus jadi snek yang enak dimakan begitu sahaja. Jom cuba!

Print

Resepi Kentang Bakar Oregano Guna Air Fryer

Course Snek
Cuisine Melayu
Keyword herb, kentang, kentang oregano
Prep Time 15 minutes
Cook Time 23 minutes
Total Time 38 minutes
Servings 2 orang

Equipment

  • Air Fryer

Ingredients

  • 4 biji kentang
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan rempah oregano
  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • 1 labu bawang holland (Dihiris kasar)
  • 1 sudu teh lada hitam kisar
  • ½ cawan sos thousand island

Instructions

  • Mula-mula, basuh kentang dengan bersih. Selepas itu, lap hingga kering dan potong bentuk wedges.
  • Gaulkan dengan rempah oregano dan garam. Sapukan minyak zaitun.
  • Panaskan Air Fryer pada suhu 200°C sehingga lampu heater padam. Dalam masa 3 minit.
  • Bawang Holland dipotong wedges dan masukkan ke dalam Air Fryer. Masak selama 5 minit dan keluarkan.
  • Masukkan semua bahan ke dalam pinggan dan taburkan lada hitam dan gaul hingga rata.
  • Hidangkan bersama sos thousand island.