Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Masak Kerabu Guna Air Fryer: Resepi Kerabu Ikan Bilis Dan Tempe Yang Rangup

Sayur merupakan antara menu wajib ada semasa makan tengah hari mahupun makan malam. Tak lengkap diet seharian jika tiada sayur. Lebih menarik, sayur kerabu jika dihidangkan bersama lauk yang lain, pasti menambah selera ahli keluarga.

Tambahaan pula dengan pelbagai teknologi terkini, lebih mudah untuk Mommy menghasilkan menu masakan tanpa terlalu banyak perkara.

Kali ini, Motherhood kongsikan menu resepi menggunakan Air Fryer – ‘teman’ istimewa mak-mak di Malaysia – sejak kewujudannya. Tak percaya? Jom lihat resepi kerabu di bawah. Sebelum itu, ketahui khasiat ikan bilis dan tempe kepada kesihatan kita.

Khasiat Ikan Bilis Dan Tempe Pada Kesihatan

  • Ikan Bilis

Sumber: Sambaleena

Tahukah Mommy, ikan bilis menyumbang pelbagai jenis khasiat untuk tubuh badan. Ikan bilis kaya dengan Omega-3, salah satu lemak penting yang diperlukan oleh badan kita, yang berfungsi sebagai anti-keradangan.

Ikan bilis juga penuh dengan vitamin seperti riboflavin, selenium, niacin, folat, vitamin A, C, E, K serta mineral-mineral seperti zinc, zat besi, kalsium dan banyak lagi yang membantu memelihara tubuh badan agar kekal sihat.

  • Tempe

Sumber: Kosmo

Selain ikan bilis, bahan utama menu ini adalah tempe.

Tempe mengandungi isoflavon iaitu polifenol yang ditemui dari kekacang, buah-buahan dan juga bijian. Ia memberi antioksidan kepada tubuh badan Mommy, yang membantu menghalang daripada dijangkiti pelbagai penyakit.

Resepi Kerabu Ikan Bilis dan Tempe Menggunakan Air Fryer 

Mommy sudah tahu mengenai khasiat dan manfaat dua bahan utama resepi ini bukan? Tiba masanya untuk Mommy mencuba resepi ini dengan hanya menggunakan air fryer.

Mudah, dan cepat!

Print

Kerabu Ikan Bilis Dan Tempe

Resepi Kerabu Ikan Bilis dan Tempe menggunkan air fryer yang lazat untuk dinikmati.
Course Makan Tengah Hari
Cuisine Melayu
Keyword Salad/Kerabu/Ulam-ulaman
Prep Time 15 minutes
Cook Time 38 minutes
Total Time 53 minutes
Servings 4 orang

Equipment

  • Air Fryer

Ingredients

  • 1 paket tempe Dihiris nipis
  • ½ cawan ikan bilis Dibasuh dan tus kering
  • ½ cawan kacang tanah
  • 1 biji cili merah Dihiris
  • 1 biji cili hijau Dihiris
  • 1 labu bawang besar Dihiris
  • 1 kutum bunga kantan
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • Garam secukup rasa

Instructions

  • Panas Air Fryer pada suhu 200°C sehingga lampu heater padam. Anggaran 3 minit.
  • Masukkan tempe dan masak selama 10 minit. Keluarkan.
  • Masukkan ikan bilis dan renjiskan sedikit minyak zaitun. Kacau rata dan masak selama 10 minit. Keluarkan.
  • Basuh kacang tanah dan tus kering. Masukkan ke dalam Air Fryer dan gaulkan dengan sedikit minyak zaitun. Masak selama 10 minit.
  • Kacau lagi kacang supaya masak sekata. Masak lagi 5 minit dan keluarkan.
  • Bunga kantan dibelah dua dan hiris halus. Peroikan.
  • Masukkan tempe, ikan bilis, kacang tanah, bahan yang dihiris, bunga kantan, dan garam ke dalam mangkuk besar. Gaul rata dan hidangkan.

Dah siap nanti, Mommy boleh rasa dan ‘show off’ kepada ahli keluarga yang lain. Pasti mereka memuji masakan Mommy!

Nantikan resepi-resepi yang lain seperti jagung bakar dan banyak lagi dengan hanya menggunakan air fryer di Motherhood Story.