Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Sedap Terangkat Dengan Resepi Kurma Ayam Dara Temiang

resepi kurma ayam

Kredit gambar Blog Aziah Hassan

Kalau Mommy nak tahu resepi kurma ayam ini sebenarnya berasal dari India dan antara salah satu makanan India yang paling terkenal dan namanya pun tiada kena mengena dengan rempah kurma tetapi berdasarkan bahan utama yang dipakai dalam proses membuat masakan tersebut adalah ayam.

Kalau Mommy nak tahu juga, resepi kurma ayam ini adalah gabungan masakan Arab, India dan juga Minang.

Hidangan ini mudah disediakan dan sedap malah ianya juga sesuai untuk anak-anak kerana menu ini tidak pedas. Menu ini tidak semestinya dengan ayam sahaja malahan daging segar pun sesuai. Selain dari nasi putih, kurma ayam juga sesuai dimakan dengan nasi beriani, nasi hujan panas dan nasi minyak.

Di sesetengah majlis iaitu majlis akikah atau kesyukuran hidangan ini dimakan bersama pulut kuning. Tetapi sekarang ini ramai yang telah menambah bahan-bahan lain mengikut citarasa masing-masing untuk jadikannya lebih sedap dan lazat. Dekat bawah ini kami turut kongsikan menu sebagai rujukan Mommy. Selamat mencuba!

Resepi Kurma Ayam Dara Temiang

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam
  • 3 biji kentang
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Santan dari sebiji kelapa
  • rempah tumis atau 4 sekawan
  • 3 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu sos tomato
  • 4 keping asam keping
  • 2 labu bawang besar (potong empat)
  • 5 tangkai cili padi (dititik)
  • Sebiji tomato (potong empat)
  • daun ketumbar/daun pudina
  • bawang goren

Bahan-bahan kisar

  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia

Cara-cara masak

#1. Mula-mula Mommy panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan terlebih dahulu.

Highlighted

Kredit gambar Facebook @MAHN

#2. Kemudian, masukkan pula bawang dan goreng sehingga naik bau dan bawang menjadi layu atau sedikit garing.

Kredit gambar Facebook @MAHN

#3. Seterusnya tuang bahan-bahan yang telah dikisar. Goreng sehingga naik bau, baru masukkan rempah kurma. Mommy tambah sesudu sos tomato.

Kredit gambar Facebook @MAHN

#4. Apabila rempah kurma telah masak sedikit dan berbau harum, Mommy terus masukkan ayam dan juga kentang. Gaul sebati semua bahan sampailah air daripada ayam terbit keluar.

Kredit gambar Facebook @MAHN

#5. Selepas itu, Mommy perah santan dan bahagi kepada dua bahagian iaitu satu bahagian pekat dan lagi satu perahan santan yang terakhir. Mommy masukkan santan terakhir yang telah diperah sebentar tadi serta bawang potong dan cili padi yang telah dititik.

Kredit gambar Facebook @MAHN

#6. Kemudian, bila ayam sudah hampir empuk, masukkan pula santan pekat dan asam keping. Tambahkan garam.

Kredit gambar Facebook @MAHN

#7. Apabila kentang sudah menjadi empuk, masukkan daun ketumbar/daun pudina, tomato dan bawang goreng. Siap untuk dihidang.

Tips/Petua:

  • Pastikan Mommy menggunakan santan dan ayam yang segar bagi mendapatkan rasa yang terbaik dan enak.

Selamat menikmati menu sedap ini bersama keluarga tersayang!


Nak lagi resepi menarik yang lain? Klik SINI!