Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Lala Kam Heong Ala di Restoran Cina Yang Pasti Menjilat Jari

resepi lala kam heong

Kredit gambar: www.halaltag.com

Resepi Lala Kam Heong merupakan hidangan yang popular di kalangan penggemar makanan laut terutamanya di Asia Tenggara.

Hidangan yang menggabungkan kelazatan kerang lala dengan wangian rempah ratus ini mampu membangkitkan selera.

Kam heong, yang berasal dari bahasa Kantonis, bermaksud “wangi kering” di mana perkataan ini merujuk kepada campuran rempah dan perasa yang kaya dan beraroma.

Dalam resipi yang kami kongsikan kali ini, kerang lala atau lala disediakan menggunakan perasa kam heong biasa yang merupakan hasil gabungan bahan seperti bawang putih, bawang merah, cili kering, udang kering, daun kari dan rempah ratus lain.

Gabungan bahan-bahan ini mewujudkan rasa yang unik, menggabungkan rasa pedas, manis dan masam dalam satu hidangan.

Ia sangat mudah disediakan dan menjimatkan masa Mommy di dapur. Ketahui cara memasak Resipi Lala Kam Heong melalui perkongsian di bawah!

Resepi Lala Kam Heong

Highlighted

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Bahan-bahan:

  • 7-8 biji cilipadi
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 inci halia (dihiris halus)
  • 4 biji bawang kecil
  • 2 sudu besar udang kering (kisar)
  • 4 biji bawang besar (dicincang)
  • 5 tangkai cili kering (dicincang)

Bahan-bahan untuk kicap:

  • Setengah gelas air panas
  • 2 sudu besar kicap gelap
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar gula
  • Setengah sudu teh garam

Bahan tambahan (pilihan):

  • Serbuk kari ikan (jika menggunakan makanan laut) atau Serbuk kari daging (jika guna ayam)

Bahan-bahan lain:

  • 800g lala
  • Bahan hiasan:
  • Daun bawang (dihiris)

Cara-cara masak:

1. Mula-mula sekali Mommy perlu sediakan semua bahan-bahan di atas. Rendam lala seketika di dalam air garam dan cucu sehingga bersih, toskan.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

2. Dalam setengah gelas air panas, masukkan 2 sudu besar kicap gelap, 2 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar sos cili, 2 sudu besar gula dan setengah sudu teh garam. Kalau nak kuah lagi boleh tambah bahan lain ikut citarasa.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

3. Didihkan 800g lala sebentar, kemudian toskan dan ketepikan.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

4. Panaskan kuali dan tumiskan udang kering, bawang putih dan halia yang dihiris hingga naik bau dan keperangan. Kemudian, masukkan bawang kecil dan cili kering, dan goreng sehingga bahan layu.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

5. Kemudian, masukkan daun kari dan cili padi yang telah disediakan sebelum ini, kemudian teruskan tumis hingga tercium bau harum.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

6. Pastikan semua bahan dalam kuali garing dan wangi sebelum masukkan adunan kicap yang telah dibuat sebelum ini.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Seterusnya, Mommy masukkan bancuhan kicap ke dalam kuali, dan tunggu sehingga bahan mendidih.

7. Akhir sekali masukkan serbuk kari ikan (jika guna makanan laut) atau serbuk kari daging (jika guna ayam). Mommy boleh menambah serbuk kari sebelum menuang bancuhan kicap, tetapi berhati-hati agar kuah tidak terlalu panas dan menjadi pahit.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Selepas itu, masukkan lala yang telah ditoskan tadi ke dalam kuali, kacau sebentar untuk ratakan semua bahan, dan tutup api. Untuk selesai, taburkan daun bawang ke atas hidangan anda.

Semoga dengan mengikuti semua langkah-langkah menyediakan resepi lala kam heong di atas, Mommy semua sudah boleh memasak hidangan yang lazat dan wangi bersama lala dan rempah ratus yang telah anda sediakan. Semoga berjaya!


Jom cuba pelbagai resepi menarik yang lain di SINI.