Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Lala Masak Serai: Menu Mudah untuk Hidangan Laut Yang Menggoda!

resepi lala masak serai

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Resepi lala masak serai adalah hidangan yang istimewa dengan keunikan gabungan lala dan serai yang mengeluarkan aroma wangi dan rasa yang lazat. Resepi ini Mommy, bukan sahaja lazat tetapi mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi.

Resepi lala masak serai juga mrupakan hidangan yang mudah dan cepat disediakan. Kalau Mommy seorang yang sibuk, boleh masukkan resepi dalam senarai menu utama Mommy!

Untuk mudahkan lagi tugas memasak Mommy, di bawah ini kami telah sediakan panduan memasak resepi yang sangat istimewa dan penuh citarasa ini. Jom lihat!

Resepi Lala Masak Serai

Highlighted

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Bahan-bahan:

  • 500 gram lala
  • Minyak untuk menumis
  • 4 ulas bawang putih dihiris halus
  • 2 inci halia dihiris halus
  • 2 tangkai serai titik atau ketuk
  • 1 biji bawang besar Holland dihiris kasar
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • 3 biji cili merah dihiris kasar
  • 1 biji tomato dipotong dadu

Cara-cara masak:

#1. Mula-mula Mommy bersihkan lala dengan merendamnya di dalam air bergaram. Biarkan setengah jam.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Kemudian, buang air rendaman tadi dan jirus lala menggunakan air sehingga bersih. Pastikan semua kotoran dan pasir telah dikeluarkan.

2. Sediakan semua bahan yang telah dinyatakan di atas. Ini akan memudahkan proses Mommy memasak dan tidak tertinggal bahan.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Setelah itu, Mommy panaskan sedikit minyak dalam kuali dengan api sederhana.

#3. Tumis bawang putih yang dicincang halus sehingga naik bau dan bertukar warna menjadi kekuningan. Ini untuk pastikan aroma bawang putih akan meresap masuk ke dalam hidangan.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Masukkan lala yang telah dicuci bersih ke dalam kawah. Gaulkan lala dengan bawang putih tumis supaya bahan sebati.

#4. Seterusnya, Mommy masukkan halia yang dicincang halus ke dalam kuali untuk memberikan aroma yang harum dan menyegarkan pada hidangan lala masakan serai ini.

#5. Kemudian, masukkan serai yang telah dititik atau ditumbuk. Masukkan juga bawang besar Holland yang telah dipotong ke dalam kuali. Bawang Holland ini fungsinya adalah untuk memberikan rasa yang manis.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Tuangkan secawan air ke dalam kuali untuk membentuk kuah. Kalau nak lauk ni lebih berkuah, Mommy boleh tambah air lagi dan masukkan pula 2 sudu besar sos tiram serta garam secukup rasa.

#6. Masukkan cili merah yang dihiris kasar ke dalam kuali. Gaulkan semua bahan supaya sebati dan tunggu hidangan ini mendidih.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Selepas hidangan ini mendidih dan mendidih, masukkan tomato yang dipotong ke dalam kuali. Tutup api dan biarkan tomato layu dan tenggelam ke dalam kuah.

Hidangan serai masak lala siap untuk dihidangkan. Mommy boleh nikmatinya bersama nasi putih atau meratahnya saja.

Selamat mencuba!


Dapatkan pelbagai resepi menarik di SINI.