Kali ini, Min kongsikan resepi hidangan makanan laut yang lazat – iaitu Masak Lemak Udang Cendawan. Sebut je masak lemak, pasti ramai yang kecur liur bukan? Terus terasa kepedasannya.
Sebelum Min kongsikan satu resepi Masak Lemang Udang Cendawan oleh Ain Aziz (pemilik akaun Instagram @cookby_ain), satu perkara mak ayah perlu ingat ialah udang akan masak dengan sangat cepat. So, tunggu hingga saat terakhir untuk memasukkan udang kerana ia akan masak dalam masa kurang dari seminit sahaja.
Resepi Masak Lemak Udang Cendawan
Ingredients
- 1 batang Serai Diketuk
- 8 biji Cili padi/cili api Ditumbuk/dikisar kasar
- 1 sudu kecil Serbuk kunyit
- 150 ml Air
- 1 kotak Santan Kotak kecil
- 3 helai Daun kunyit Dihiris halus
- 15 ekor Udang
- 1 paket Cendawan tiram
Instructions
- Kisarkan cili dan masukkan ke dalam kuali bersama dengan serai dan sedikit serbuk kunyit. Kemudian masukkan air.
- Apabila air mendidih, masukkan santan diikuti dengan hirisan daun kunyit.
- Masukkan udang dan cendawan, garam secukup rasa, dan siap!
Tips Memilih & Membeli Udang
Apabila membeli udang, Mommy ada pilihan untuk membeli udang segar atau pun udang frozen. Kedua-duanya hampir sama daripada segi rasa dan tekstur. Namun, udang frozen memerlukan sedikit masa untuk ia defrost sebelum dimasak. Apa-apa pun, Min highly recommend untuk Mommy pilih udang segar ya.
Udang boleh dimasak dalam pelbagai cara termasuklah dipanggang, dibakar, digoreng atau dikukus serta dinikmati menerusi pelbagai jenis masakan.
Jangan lupa untuk siang udang sejurus pulang ke rumah. Jangan lupa untuk memotong sedikit bahagian kepala udang, cangkerang termasuk urat pada bahagian belakang udang untuk mengelakkan rasa pahit atau kurang menyelerakan semasa makan – tapi ini bergantung kepada pilihan dan cara masing-masing ya.
Selain daripada udang, Mommy boleh cuba resepi Sotong Masak Lemak ini untuk seisi keluarga Mommy.
Jangan lupa untuk ikuti resepi dan artikel seterusnya hanya di Motherhood Story.