Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Jom Cuba Masak Resepi Mee Kuah Daging Yang Khas Buat Tetamu Yang Berkunjung Ke Rumah

resepi mee kuah daging

Kredit gambar: dailymakan.com

Selain hidangan nasi dan kuih, antara menu lain yang sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang ke rumah adalah resepi mee kuah daging yang sangat menarik ini.

Para tetamu yang menikmati hidangan ini, tentunya akan gembira dan berpuas hati dengan kelazatan rasanya hasil dari air tangan Mommy sendiri.

Kalau Mommy tak tahu bagaimana cara memasak menu ini, jangan risau kerana dalam perkongsian ini kami telah pun kongsikan panduan penyediaan resepi mee kuah berasaskan daging yang sangat enak dan meletop rasanya ini.

Melalui panduan ini, Mommy bolehlah belajar bagaimana cara untuk memasaknya agar ia boleh dijadikan sebagai hidangan utama untuk sesiapa sahaja yang bertandang ke rumah.

Mana tahu, hasilnya nanti akan disukai dan menu ini terus menjadi permintaan istimewa mereka ketika hendak datang berkunjung semula nanti. Tentu bangga kan?

Tanpa membuang masa, jom Mommy kita lihat cara-cara penyediaan resepi yang sangat lazat ini!

Resepi Mee Kuah Daging Ringkas Dan Sedap

Highlighted

Kredit gambar: dailymakan.com

Bahan-bahan:

  • 500gm daging
  • 2 paket mi kuning
  • 2 senduk cili kisar
  • 2/3 biji kentang
  • 2 keping asam keping
  • 1 tin tomato sup
  • 2 sudu besar Susu pekat
  • Garam
  • Gula
  • 1 senduk sos cili
  • Minyak masak

Bahan kisar:

  • 1 biji bawang holland (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 6 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1/2 inci halia (dihiris)
  • 2 biji tomato (dipotong)

Bahan untuk hiasan:

  • Sayur sawi
  • Kacang panjang
  • Cili hijau
  • Limau nipis
  • Bawang goreng
  • Daun sup

Cara-cara memasaknya:

#1. Bahan yang dihiris dan dipotong digoreng terlebih dahulu sehingga layu.

Kredit gambar: Facebook @Naeamah Balqis

Kemudian tapis bahan-bahan tersebut, biarkan ia sejuk. Selepas itu masukkan kesemua bahan yang digoreng tadi ke dalam pengisar dan kisar hingga teksturnya menjadi halus. Ketepikan.

#2. Seterusnya, masukkan air ke dalam periuk secukupnya, setelah air mendidih masukkan kentang dan masak sehingga kentang empuk.

Kredit gambar: Facebook @Naeamah Balqis

#3. Setelah kentang empuk angkat, biarkan ia sejuk sedikit, masukkan kedalam pengisar dan kisar sampai kentang halus.

Kredit gambar: Facebook @Naeamah Balqis

#4. Selepas itu, tuangkan kesemua bahan kisar, cili kisar, tomato sup, asam keping, susu pekat, garam, sos cili dan kentang ke dalam periuk daging tadi.

Kredit gambar: Facebook @Naeamah Balqis

#5. Setelah kuah mendidih masukkan gula secukup rasa. Tambahkan garam dan perasa jika perlu. Biarkan ia mereneh sehingga sedikit pekat. Padamkan api.

Kredit gambar: Facebook @Naeamah Balqis

#6. Akhir sekali, panaskan air, celur mi kuning, sayur sawi dan kacang panjang yang telah dipotong.

Tips Memasak Resepi Mee Kuah Daging

  • Rebus daging dalam saiz yang sedikit besar. Apabila sudah empuk angkat dan sejat biar sejuk. Kemudian potong sedikit kecil dan nipis.
  • Untuk dapatkan kuah yang lebih manis, boleh guna bahagian tulang atau rusuk.
  • Jika tidak suka kentang, boleh gantikan dengan ubi keledek.
  • Untuk pastikan sayur yang dicelur cantik, masukkan sedikit minyak masak ke dalam air rebusan sebelum mencelur.
  • Lebih sedap jika dimakan bersama telur rebus.

Semoga dengan perkongsian ini, Mommy semua dapat menyediakan hidangan mee kuah daging yang sedap dan padu rasanya.


Jom lihat juga resepi masakan menarik yang lain di SINI!