Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Nasi Arab Ayam Mandy Yang Mudah Tapi Sedap, Nak Buat Hari-Hari Pun Boleh!

Walaupun bukan berasal dari Malaysia, nasi arab ayam mandy telah menjadi salah satu menu pilihan makanan di sini.

Mana tak nya, ia adalah resepi yang berasaskan makanan ruji orang kita iaitu nasi. Dipadankan pula dengan ayam berempah bersama sambal dan acar Arab, memang sedap dan banyak persamaan dengan budaya pemakanan orang Asia.

Apa lagi, jom cuba masak?

Resepi Nasi Arab Ayam Mandy

Highlighted

Kredit gambar: cookpad.com

Resepi oleh: cookpad

Bahan-Bahan

Bahan ayam mandy

  • Seekor ayam yang dipotong 4
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 2 sudu besar Rempah Ayam Mandi HEXA
  • Sesudu besar olive oil
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 cawan air panas

Bahan nasi arab

  • 2 cawan beras basmathi yang dibasuh bersih, direndam selama sejam dan ditoskan
  • Sesudu besar olive oil
  • Sesudu besar butter
  • 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga)
  • Sehelai daun bay
  • Sebiji bawang holland yang dihiris
  • 2 biji lada besar hijau
  • Kaki dan leher ayam
  • 6 akar ketumbar
  • 2 sudu besar Rempah Ayam Mandi HEXA
  • Garam secukup rasa
  • 4 1/2 cawan air
  • Sesudu kecil pewarna kuning
  • Kismis dan dried cranberries
  • Seketul arang
  • Setitis olive oil

Bahan sambal (Dakkous)

  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji lada besar merah
  • Sebiji lada besar hijau
  • 2 biji cili api
  • Secawan tomato ceri
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Secawan daun ketumbar
  • 2 sudu besar olive oil
  • Sesudu kecil jus lemon

Cara-Cara

Cara masak ayam mandy

1. Gaulkan ayam bersama bahan perapannya iaitu garam secukup rasa, jus lemon, olive oil dan rempah ayam mandi HEXA dengan sekata dan perapkan selama ½ jam.

Kredit gambar: cookpad.com

2. Kemudian, panaskan minyak masak dengan api yang besar dan gorengkan ayam selama 5 minit pada setiap bahagian.

Kredit gambar: cookpad.com

3. Bila ayam dah garing, kecilkan api dan tambahkan air panas dan reneh ayam sehingga masak. Air rebusan ayam ini nanti boleh dijadikan sup.

Kredit gambar: cookpad.com

Cara masak nasi arab mandy

1. Panaskan olive oil dan butter. Tumiskan 4 sekawan, daun bay, bawang holland dan akar ketumbar sehingga ia garing.

Kredit gambar: cookpad.com

2. Kemudian, masukkan pula lada hijau dan rempah Ayam Mandi Hexa.

Kredit gambar: cookpad.com

3. Diikuti dengan kaki dan leher ayam, kacau kesemuanya sehingga garing dan tambahkan air.

Kredit gambar: cookpad.com

4. Bila dah mendidih, perasakan dengan garam secukupnya.

Kredit gambar: cookpad.com

5. Masukkan beras, kacau rata dan tutup periuk. Biarkan ia masak dengan api sederhana.

Kredit gambar: cookpad.com

6. Bila nasi mandy dah masak, titiskan pewarna kuning. Kemudian, tutup periuk dan biarkan seketika dalam 5 hingga 10 minit.

Kredit gambar: cookpad.com

7. Gemburkan nasi dan letak ayam mandy yang dimasak tadi di atasnya. Tutupkan api.

Kredit gambar: cookpad.com

8. Seterusnya, bakarkan arang sehingga merah dan letakkan ia di dalam piring. Piring ini kemudiannya diletakkan di tengah-tengah nasi dan dititiskan olive oil ke atasnya.

Kredit gambar: cookpad.com

9. Tutup periuk dan biarkan asap arang smoked nasi dan ayam.

10. Selepas asapnya hilang dalam sekitar 10-15 minit, keluarkan dan terus tabur kismis dan dried cranberries.

Kredit gambar: cookpad.com

Cara buat sambal Dakkous

1. Kisarkan kesemua bahan dan perasakan dengan garam, gula dan jus lemon. Sambal Dakkous siap!

Kredit gambar: cookpad.com
Kredit gambar: cookpad.com

Tips Memasak Resepi Nasi Arab Ayam Mandy

  • Kalau tak ada butter untuk masak nasi, boleh gantikan dengan minyak sapi.
  • Nasi mestilah digemburkan dengan berhati-hati supaya ia cantik lerai.
  • Nasi arab ayam mandy sesuai dinikmati dengan sayur-sayuran mentah seperti tomato dan salad.

Makan nasi arab dengan lassi, memang hidangan sempurna lah! Tengok juga resepi nasi lemak santan yang mudah ini.