Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Sedapnya Buat Makan Tengah Hari – Resepi Nasi Ayam Penyet Yang Mudah Dan Menjadi!

resepi nasi ayam penyet

Kredit gambar: istockphoto

Berasal dari Indonesia, hidangan nasi ayam penyet kini semakin sebati dalam budaya masakan rakyat Malaysia kan? Pergi ke mana-mana je akan terjumpa menu ini di kedai dan restoran.

Orang Malaysia pun dah pandai masak dan olah resepi nasi ayam penyet ini ikut kesukaan mereka. Dalam perkongsian resepi kali ini, Motherhood ingin mencuba resepi nasi ayam penyet inspirasi daripada perkongsian asal di Tiktok.

Jom ke dapur!

Resepi Nasi Ayam Penyet

Highlighted

Kredit gambar: resepichenom.com

Resepi oleh: cookpad

Bahan-Bahan

Untuk rempah ayam

  • Seekor ayam yang dipotong 4
  • 2-3 tangkai daun limau purut
  • Secawan kelapa parut
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar halus untuk perapan ayam

  • 5 batang serai
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • 2-3 inci kunyit hidup
  • 1-2 sudu besar biji ketumbar
  • 1 kiub pati ayam

Untuk sambal penyet

Bahan kisar kasar untuk sambal

  • 10 biji cili merah yang dipatah-patahkan
  • 10-15 biji cili padi yang dipatah-patahkan
  • 2 biji tomato yang dipotong 4
  • 2 inci belacan
  • 5-10 ulas bawang merah
  • 3-5 ulas bawang putih

Bahan-bahan lain untuk sambal

  • Sebiji limau nipis
  • 1-2 sudu teh garam
  • 1-2 sudu teh gula
  • Minyak untuk menggoreng

Untuk sup

  • 6 cawan air rebusan ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 2 akar daun sup
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula

Bahan hiasan sup

  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang
  • 2 sudu besar bawang goreng

Bahan-bahan utama lain

  • Nasi putih
  • Tempe
  • Tauhu
  • Sayur (timun, tomato, kobis)

Cara-Cara

Masak ayam penyet

1. Gaulkan ayam dengan bahan-bahan kisar, garam, gula dan daun limau purut. Kemudian renehkan selama 15-25 minit dan sejukkan.

Kredit gambar: https://cookpad.com/
Kredit gambar: https://cookpad.com/

2. Kemudian taburkan kelapa parut dan gaul sebati bersama ayam.

Kredit gambar: https://cookpad.com/
Kredit gambar: https://cookpad.com/

3. Dalam kuali, panaskan minyak masak secukupnya dan gorengkan ayam tadi sehingga masak.

Kredit gambar: https://cookpad.com/

4. Begitu juga dengan tempe dan tauhu. Gaulkannya dalam lebihan perapan ayam tadi dan goreng sehingga masak, toskan.

Kredit gambar: https://cookpad.com/

Buat sambal penyet

1. Panaskan minyak dan gorengkan kesemua bahan untuk dikisar kasar sehingga layu.

Kredit gambar: https://cookpad.com/

2. Kemudian masukkan ke dalam food processor dan kisar separa hancur. Lebih elok, tumbuk dan lenyek guna lesung batu ya.

3. Tumiskannya sampai pecah minyak dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Kredit gambar: https://cookpad.com/

4. Padamkan api dan perah asam limau nipis.

Kredit gambar: https://cookpad.com/

Buat sup kosong

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan renehkan dengan api perlahan kira-kira dalam 20 minit.

Kredit gambar: https://cookpad.com/

2. Dah siap, tuangkan sup ke dalam mangkuk.

Kredit gambar: https://cookpad.com/

3. Taburkan bahan hiasan sup, sup panas-panas siap untuk dihirup!

Kredit gambar: https://cookpad.com/

Tips Memasak Resepi Nasi Ayam Penyet

  • Bila menggoreng ayam, pastikan jangan terlebih masak atau hangit ya. Nanti rempahnya tak sedap.
  • Untuk sambal penyet, jangan kisar terlalu halus bahannya. Kasar-kasar tu yang sedap.
  • Jika Mommy tiada air rebusan ayam untuk buat sup, boleh je guna kiub pati ayam atau stok ayam segera je.

Ayam goreng berempah, dipadankan dengan sambal penyet dan sup kosong, memang boleh menambah nasi ni. Kalau ada lebih sambal dan sup, boleh je makan dengan apa-apa lauk nanti. Memang terangkat!


Dapatkan lebih banyak resepi yang sedap dan menarik di SINI.