Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Nasi Ayam Yang Lengkap Bersama Resepi Nasi, Sup Dan Sos Sedap

resepi nasi ayam lengkap

Kredit gambar: https://cookpad.com/

Siapa je tak suka nasi ayam kan? Rata-rata orang Malaysia memang gemarkan nasi ayam ni. Dari nasinya yang lembut, ayam goreng rempah kicapnya, dicecah pula dengan sosnya yang sedap, memang best resepi nasi ayam ni untuk Mommy cuba.

Ditambah pula dengan supnya, cukup lengkap! Jom lihat cara memasak resepi nasi ayam yang lengkap ini. Pasti cik abang puji!

Resepi Nasi Ayam 

Bahan-Bahan

Bahan untuk stok ayam

  • Seekor ayam yang dipotong 4
  • 1 kiub pati ayam
  • 3 ulas bawang putih yang ditumbuk
  • 3 ulas bawang merah yang ditumbuk
  • 1 1/2 inci halia yang ditumbuk
  • 10-12 pot air

Bahan untuk perapan ayam

  • 2 ulas bawang putih yang ditumbuk
  • Seinci halia yang ditumbuk
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar kicap masin
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1-2 sudu besar madu

Bahan untuk sup

  • 2-3 pot stok ayam
  • 3 ulas bawang putih yang ditumbuk
  • 3 ulas bawang merah yang ditumbuk
  • Seinci halia yang ditumbuk
  • Sebungkus fishball
  • Segenggam daun sup yang dihiris
  • Hirisan bawang holland
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk nasi ayam

  • 2 ulas bawang putih yang dihiris
  • 3 ulas bawang merah yang dihiris
  • Seinci halia yang dihiris
  • 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
  • 1/2 sudu kecil kunyit
  • Lemak ayam (kalau ada)
  • 2 sudu butter/marjerin/minyak
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk sos merah nasi ayam

  • 7 biji cili merah yang dikisar
  • 10 tangkai cili kering yang dikisar
  • 7 ulas bawang putih yang dikisar
  • 1/2 cawan cuka
  • 2-3 cawan air
  • 3-5 sudu besar sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk sos kicap

  • Secawan stok ayam
  • Lebihan perapan ayam
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1-2 sudu besar kicap
  • Garam dan gula secukup rasa

Sayur-sayuran

  • Salad
  • Timun
  • Tomato

Cara-Cara

Cara buat stok ayam

1. Dalam periuk, renehkan ayam bersama kesemua bahan dengan api sederhana selama 20-30 minit.

Highlighted

Kredit gambar: cookpad.com

2. Kemudian, angkat ayam dan ketepikan air rebusannya. Stok ayam dah siap!

Cara buat perapan dan goreng ayam

1. Gaulkan ayam bersama kesemua bahan perapannya di dalam mangkuk dan biarkan dalam 30 minit.

Kredit gambar: cookpad.com

2. Kemudian tapiskannya dan ketepikan lebihan perapan itu untuk buat sos kicap nanti. Gorengkan ayam dalam minyak yang panas hingga ia bertukar warna.

Kredit gambar: cookpad.com

Cara masak nasi ayam

1. Basuh beras dan toskannya.

Kredit gambar: cookpad.com

2. Panaskan butter di dalam periuk nasi, menggunakan api dapur.

Kredit gambar: cookpad.com

3. Masukkan lemak ayam dan goreng sehingga ia cair dan mengeluarkan minyak.

Kredit gambar: cookpad.com

4. Kemudian tumiskan 3 sekawan dan kesemua bahan yang dihiris sehingga berbau harum.

Kredit gambar: cookpad.com

5. Teruskan dengan memasukkan beras dan digaul sebati sehingga berbau harum sekitar 2-3 minit.

Kredit gambar: cookpad.com

6. Tutup api dan alihkan periuk, masak nasi guna rice cooker macam biasa.

Kredit gambar: cookpad.com

7. Bila dah masak, gemburkan nasi dengan lembut supaya ia cantik berderai.

Kredit gambar: cookpad.com

Cara buat sup

1. Didihkan stok ayam yang kita buat mula-mula tadi di dalam periuk bersama dengan kesemua bahan yang ditumbuk.

Kredit gambar: cookpad.com

2. Teruskan dengan memasukkan fishball dan bawang holland.

Kredit gambar: cookpad.com

3. Perasakan dengan garam, gula dan kiub pati ayam jika perlu dan taburkan hirisan daun sup.

Kredit gambar: cookpad.com

Cara buat sos merah

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga ia pekat dengan api yang sederhana.

Kredit gambar: cookpad.com

2. Sos ini rasa masam, manis, pedas dan masinnya perlu seimbang ya. Perasakan secukupnya apa yang perlu.

Kredit gambar: cookpad.com

Cara buat sos kicap

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan renehkan sehingga ia pekat.

Kredit gambar: cookpad.com

2. Perasakan jika perlu supaya rasanya seimbang dan kena dengan citarasa anda.

Kredit gambar: cookpad.com

Nasi ayam lengkap, sedia untuk dihidangkan!

Kredit gambar: cookpad.com

Tips Memasak Nasi Ayam

  1. Untuk buat nasi ayam, perkara pertama yang Mommy perlu buat ialah stok ayam kerana ia bahan utama dalam beberapa resepi lain nasi ayam ni.
  2. Jangan terlebih goreng ayam ya? Ia sudah direbus, jadi goreng sekejap sehingga ia bertukar warna dah cukup.
  3. Jangan lupa untuk gemburkan nasi dengan perlahan supaya nasi tak hancur nanti.
  4. Kalau nak tambah bahan lain dalam sup pun boleh. Sesetengah orang suka letak potongan dadu lobak merah di dalamnya.
  5. Sos kicap dan sos merah ni, kedua-duanya melengkapkan resepi nasi ayam. Perasakan secukupnya mengikut citarasa anda ya.

Resepi Nasi Ayam

Memang banyak step nak buat nasi ayam ni satu persatu, tapi hasilnya nanti pasti memuaskan! Jangan lupa cuba ya?

Mommy juga boleh cuba resepi nasi ayam hainan one-pot yang istimewa ini!

Sumber: cookpad