Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Nasi Butter Yang Mudah dan Sedap, Anak-Anak Pasti Suka!

resepi nasi butter

Kredit gambar: laurenslatest.com

Di negara-negara Arab, mereka masak nasi menggunakan minyak sapi. Kalau di Malaysia pula, ramai yang suka menggunakan mentega kan?

Nasi butter ni, rasanya walaupun berlemak, tak muak tau Mommy. Sebabnya, ada rasa masin juga yang seimbangkan rasa lemak tu.

Tak susah pun tau buat nasi ni, mudah tetapi cukup sedap. Jom ke dapur!

Resepi Nasi Butter

Highlighted

Kredit gambar: themenumaid.com

Resepi oleh: Rasa

Bahan-Bahan

  • 6 cawan beras yang dibasuh bersih
  • 125 gram mentega
  • 1 ½ cawan susu segar
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam
  • Daun ketumbar
  • Sebatang serai yang diketuk
  • 1-2 helai daun pandan

Bahan kisar

  • Sebiji bawang besar
  • 4-5 ulas bawang putih
  • 2-3 cm halia

Cara-Cara

1. Cairkan mentega di dalam kuali besar.

Kredit gambar: rasa.my

2. Kemudian, tumiskan bahan kisar bersama serai dan daun pandan sehingga naik bau.

Kredit gambar: rasa.my

3. Dah wangi tu, masukkan beras dan gorengkan selama seminit dua.

Kredit gambar: rasa.my

4. Tuangkan pula susu segar dan gaulkan sebati.

Kredit gambar: rasa.my

5. Seterusnya, tutup api dan pindahkan kesemuanya ke dalam periuk nasi.

Kredit gambar: rasa.my

6. Masukkan air, perasakan dengan garam secukupnya dan taburkan daun ketumbar jika ada. Masak nasi macam biasa.

Kredit gambar: rasa.my

7. Nasi butter kita dah siap!

Kredit gambar: rasa.my

Tips Memasak Nasi Butter

  • Kalau Mommy guna beras basmathi lagi best.
  • Jika tak ada susu segar, boleh je gantikan dengan susu cair atau susu sejat.
  • Nanti dah perasakan dengan garam, kalau Mommy guna salted butter, kena hati-hati ya. Takut terlebih masin pula.

Pasti anak-anak suka nasi butter ni. Cuba juga resepi nasi tomato yang mudah ni, tak payah beli di kedai dah!