Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Buat Resepi Nasi Daging Utara Yang Padu Rasanya

resepi nasi daging utara

Kredit gambar: daridapur.com

Jika inginkan menu yang ringkas dan sedap, Mommy boleh cuba resepi nasi daging utara. resepi ini sangat sedap dan boleh dijadikan menu utama untuk sebarang majlis atau sambutan perayaan. Tidak memerlukan hidangan sampingan yang banyak, cukup sekadar dihidangkan bersama air asam kerisik yang pasti menambahkan lagi selera semua.

Selain rasa nasinya yang sangat sedap, ia juga menjadi menu pilihan kerana bahan-bahannya mudah diperolehi dan cara menyediakannya tidak memerlukan tenaga yang banyak. Tambahan pula nasi ini boleh disajikan kepada anak-anak yang masih kecil kerana nasinya sahaja sudah terasa enak walaupun dimakan begitu sahaja.

Untuk memudahkan Mommy menyediakan hidangan ini, kami kongsikan cara-cara memasak nasi daging utara yang sangat sedap untuk Mommy cuba.

Resepi Nasi Daging Utara

Berikut merupakan cara-cara untuk menyediakan menu ini iaitu:

Bahan-bahan rebusan daging:

  • 1 kg daging
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Cara-cara masak:

#1. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan lada hitam ke dalam pengisar dan kisar hingga halus. Tuangkan sedikit minyak dan tumis bahan tersebut sehingga berbau wangi.

#2. Kemudian masukkan rempah kurma, jintan manis dan tumis sehingga ia pecah minyak.

Highlighted

Kredit gambar: www.naminagus.com

Seterusnya tuangkan air dan masukkan daging dan garam. Masak sehingga daging menjadi empuk.

Bahan-bahan untuk nasi:

  • 2 1/2 cawan beras
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 4 sekawan (buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis)
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 helai daun pandan
  • 3/4 cawan susu cair
  • Air rebusan daging secukupnya

Cara-cara masak:

#1. Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis bahan hirisan bersama rempah empat sekawan. Masukkan juga daun pandan.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Apabila sudah naik bau, tuang beras, susu cair, dan air rebusan daging secukupnya.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#3. Siap untuk dihidangkan.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Bahan-bahan sambal air asam kerisik:

  • 3 bijji cili merah besar
  • 6 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 2 inci belacan
  • 2 biji tomato
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1/2 biji air limau kasturi
  • Air asam
  • Garam
  • Gula

Cara-cara membuatnya:

#1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar iaitu kerisik, bawang besar, cili besar, cili padi, belacan dan tomato serta perahan limau.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Kemudian tuang ke dalam bekas dan campurkan bersama bawang besar, tomato dan kerisik.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Campurkan garam dan gula mengikut citarasa mommy.

Tips/Petua Memasak Resepi Nasi Daging Utara

  • Untuk rasa yang lebih sedap pilih daging yang mempunyai banyak urat namun ia memerlukan masa yang agak lama untuk empuk.
  • Bagi menjimatkan masa mommy boleh menggunakan periuk tekanan untuk merebus daging.

Semoga perkongsian resepi nasi daging utara ini membuatkan mommy lebih bersemangat memasak untuk keluarga tersayang. Ikuti juga cara untuk memasak resepi nasi lemak pandan di SINI!


Untuk pelbagai resepi menyelerakan yang lain, Mommy boleh klik SINI.