Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Nasi Daging Air Asam Utara Yang Lengkap – Pasti Tak Cukup Sepinggan!

Kalau di Pantai Timur, antara resepi yang popular adalah resepi nasi dagang kan? Kalau di negeri-negeri belah utara pula, nasi daging air asam lah yang menjadi tumpuan.

Nasi yang dimasak dengan rebusan air daging dan rempah terpilih, dicecah pula dengan air asam yang padu, fuh…memang tak akan cukup sepinggan. Menambah-nambah nanti!

Resepi Nasi Daging Air Asam Utara

Highlighted

Kredit gambar: cookpad.com

Resepi oleh: cookpad

Bahan-Bahan

Bahan untuk rebusan daging

  • 500 gram daging
  • Seinci halia yang dihiris
  • Sesudu rempah kurma

Bahan untuk nasi

  • 3 pot beras basmathi yang direndam selama 30 minit dan ditoskan
  • 3 cawan air rebusan daging
  • Secawan susu cair
  • Sehelai daun pandan yang disimpul
  • Sebatang serai yang dititik
  • 2 1/2 sudu rempah kurma
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1-2 sudu minyak
  • Sebiji tomato yang dipotong dadu
  • Sedikit kismis hitam

Bahan tumis

  • Sebiji bawang besar yang dihiris
  • 5 biji bawang putih yang dihiris
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 6 biji buah pelaga

Bahan untuk air asam

Bahan yang dihiris

  • Sebiji bawang besar
  • Sebiji tomato
  • 7 biji cili padi
  • Sebiji cili merah

Bahan yang dikisar

  • Sebiji bawang besar
  • Sebiji tomato
  • 7 biji cili padi
  • Sebiji cili merah
  • Belacan
  • Air asam jawa
  • Gula
  • Garam

Bahan lain

  • Sesudu kerisik
  • Sebiji limau kasturi

Cara-Cara

Cara buat air rebusan daging

1. Rebuskan daging bersama dengan halia dan rempah kurma. Anggaran masanya dalam 35 minit. Kemudian hiriskannya untuk dihidang sebagai lauk nanti. Asingkan juga sedikit daging yang dipotong kecil-kecil untuk dimasukkan bersama bahan-bahan lain bila nak masak nasi nanti.

Kredit gambar: cookpad. com

Cara masak nasi daging

1. Sediakan kesemua bahan untuk masak nasi daging.

Kredit gambar: cookpad. com

2. Di dalam periuk, cairkan dan panaskan minyak sapi dan minyak.

Kredit gambar: cookpad. com

3. Kemudian, tumiskan kesemua bahan tumis bersama dengan rempah kurma, daun pandan dan serai. Kacau kesemuanya sehingga naik bau.

Kredit gambar: cookpad.com

4. Masukkan pula beras yang telah ditoskan tadi dan kacaukan sebati selama beberapa minit.

Kredit gambar: cookpad.com

5. Diikuti dengan air rebusan daging, susu cair, tomato, kismis, daging yang dipotong kecil tadi dan perasakan terus dengan garam secukupnya.

Kredit gambar: cookpad.com

6. Kemudian masak nasi macam biasa dan gemburkannya bila dah masak nanti.

Cara buat air asam

1. Masukkan kesemua bahan yang dihiris ke dalam mangkuk.

Kredit gambar: cookpad.com

2. Masukkan pula bahan yang dikisar ke dalamnya. Diikuti dengan kerisik dan air perahan limau kasturi.

Kredit gambar: cookpad.com

3. Gaulkan sebati dan siap untuk dicicah bersama daging empuk.

Kredit gambar: cookpad.com

Nasi Daging Air Asam Utara Yang Lengkap

1. Nasi daging air asam yang lengkap, sedia dihidangkan!

Kredit gambar: cookpad.com

Tips Memasak Nasi Daging Air Asam Utara

  • Gemburkan nasi dengan perlahan supaya ia tidak patah dan lembik ya.
  • Jika ada air rebusan daging yang lebih, boleh je nak buat sup simple.
  • Kalau nak lagi pedas, boleh tambahkan kuantiti cili padi yang dihiris untuk air asam ya.

Sedapnya nasi daging ni! Dimakan pula bersama daging empuk dan air asam padu, memang terangkat! Nak lagi sedap, boleh buat sup dengan air rebusan daging yang lebih.

Gantikan je air stok ayam dalam resepi nasi ayam ni dengan air rebusan daging, rasanya pasti tak mengecewakan.

Cubalah!