Kita selalu kan makan nasi goreng cili kering masa kecil di kampung? Nampak ringkas je cara opah masakkan tu, tapi sedap betul. Menambah-nambah!
Haa.. bila dah berumah tangga ni, teringin pula nak makan. Jom, cuba masak resepi nasi goreng cili kering ni bersama Motherhood.
Resepi Nasi Goreng Cili Kering
Resepi oleh: Rezeki Dapur Kita
Bahan-Bahan
- Semangkuk nasi
- 10 tangkai cili kering yang ditumbuk
- 3 biji bawang merah yang ditumbuk
- 4 ulas bawng putih yang ditumbuk
- Garam
- Gula
- 2 biji telur
- Sayur kobis
Cara-Cara
1. Sediakan bahan-bahan.
2. Kemudian, tumbuk cili kering, bawang merah dan bawang putih dan tumiskan kesemuanya.
3. Bila dah garing, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
4. Masukkan pula nasi putih dan gaulkan rata.
5. Dah rata elok, masukkan telur dan kacau.
6. Diikuti dengan sayur kubis.
7. Gaul dan gorengkan kesemuanya sehingga garing dan kering. Siap!
Tips Memasak Nasi Goreng Cili Kering
- Bawang dan cili yang ditumbuk akan rasa lebih sedap berbanding yang dikisar.
- Yang penting, kena rajin kacau supaya semua rasa tergaul rata ya Mommy?
Kalau nak resepi nasi goreng yang lebih kurang senangnya, boleh cuba nasi goreng viral ni. Sedap dan mudah, tentu menyenangkan Mommy!