Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ada Nasi Lebih? Bolehlah Cuba Resepi Nasi Goreng Cina Ni – Mesti Sedap!

nasi goreng cina

Kredit gambar: istockphoto

Bila tanak nasi dan ada lebihan, biasanya kita akan simpan dan panaskan semula lain kali bukan? Apa kata dengan nasi lebih tu, Mommy cuba masak resepi nasi goreng cina ini.

Berbanding dengan nasi hidang, nasi goreng cina jauh lebih mudah untuk disediakan. Selain daripada itu, ia pun sihat; lengkap dengan protein dan sayur-sayuran.

Bukan orang tua je, kanak-kanak pun pasti suka!

Resepi Nasi Goreng Cina 

Bahan-Bahan

  • 3 cawan nasi
  • 1/2 bawang merah kecik
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang lobak merah yang dihiris halus
  • 1 cm halia yang diracik
  • 3/4 paket rencah Serbuk Nasi Goreng Cina Adabi
  • 200 gram isi ayam cincang
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar minyak masak
  • Sebiji telur
  • Daun bawang yang dipotong

Cara-Cara

1. Sediakan kesemua bahan.

Highlighted

Kredit gambar: cookpad.com

2. Panaskan minyak masak dalam kuali dan cairkan mentega.

Kredit gambar: cookpad.com

3. Kemudian masukkan bawang putih, bawang merah dan halia. Tumiskan sekejap dan terus pecahkan telur dan kacau sehingga masak.

Kredit gambar: cookpad.com
Kredit gambar: cookpad.com

4. Seterusnya, masukkan isi ayam cincang bersama dengan lobak merah dan sambung menumis.

Kredit gambar: cookpad.com
Kredit gambar: cookpad.com

5. Bila dah agak masak, barulah masukkan nasi dan diikuti dengan serbuk nasi goreng cina.

Kredit gambar: cookpad.com

6. Gaul-gaul dan perasakan dengan serbuk lada hitam, garam dan gula jika mahu. Taburkan daun bawang, nasi goreng cina dah siap!

Kredit gambar: cookpad.com

Tips Memasak Nasi Goreng Cina

  • Pastikan nasi Mommy tak lembik dan tak keras ya. Barulah sesuai untuk dibuat nasi goreng.
  • Selain daripada lobak merah, nak letak mixed vege pun sesuai sangat.
  • Kalau nak lebih mewah rasanya, boleh tambahkan udang hidup bersama dengan ayam ya.

Resepi Nasi Goreng Cina

Nampak je mudah, tapi memang sedap nasi goreng cina ni bila dah siap. Silap-silap, tak cukup sepinggan dan menambah pula. Ia pun akan menjadi kegemaran anak-anak.

Selamat mencuba Mommy!

Sumber resepi: cookpad


Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mommy mengundi jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mommy di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!