Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Nasi Goreng Daging Yang Sesuai Sebagai Pembuka Selera

RE

Kredit gambar: endeus.tv

Resepi nasi goreng daging mempunyai pelbagai cara dan versi dan ianya sangat mudah untuk disediakan serta menjimatkan masa untuk memasaknya.

Bukan sahaja menjadi kebiasaan rakyat negara ini sebagai hidangan untuk bersarapan, malah kini nasi goreng daging telah menjadi pilihan untuk dinikmati pada bila-bila masa sama ada tengah hari patang dan malam.

Ramai dalam kalangan kita yang gemar mencuba bahan-bahan yang akan digunakan untuk memasak nasi goreng. Antara yang menjadi kegemaran pada masa kini adalah nasi goreng daging harimau menangis.

Dalam resepi ini kami kongsikan cara mudah bagaimana untuk menyediakan nasi goreng daging yang sedap.

Resepi Nasi Goreng Daging

Highlighted


Bahan-bahan:

  • 1 paket daging perap harimau menangis
  • 1 biji bawang holland
  • 5 ulas bawang putih
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada putih
  • 4 biji telur
  • 10 tangkai cili padi
  • Minyak masak
  • 2 sudu besar kicap sotong
  • Garam
  • Perasa

Cara-cara masak:

#1. Mula-mula potong bawang holland dan ketuk bawang putih.

Kredit gambar: Facebook @Dila Mubarak

Kemudian, masukkan minyak kedalam kuali. Tumis kedua jenis bawang tadi sehingga kekuningan dan berbau wangi.

#2. Selepas itu masukkan satu paket daging harimau menangis. Masak daging hingga empuk menggunakan api sederhana.

Kredit gambar: Facebook @Dila Mubarak

#3. Kemudian, masukkan nasi ke dalam tumisan dan campurkan sedikit serbuk lada hitam dan lada putih mengikut citarasa yang anda inginkan.

Kredit gambar: Facebook @Dila Mubarak

Tuangkan kicap sotong ke dalamnya dan kacau rata. Taburkan juga cili padi yang telak dipotong kecil. Perasakan dengan garan dan serbuk perasa
jika suka.

#4. Akhir sekali pecahkan telur dan masukkan hirisan cili padi ke dalam nasi.

Kredit gambar: Facebook @Dila Mubarak

Kacau sehingga nasi sedikit garing dan terpisah antara satu sama lain. Padamkan api. Nasi goreng daging harimau menangis siap untuk dihidangkan.

Tips/Petua Menyediakan Resepi Nasi Goreng Daging:

  • Gunakan nasi yang sudah dimasak semalaman. Nasi yang berbiji lebih sedap untuk dibuat nasi goreng.
  • Boleh juga menggunakan beras yang disimpan didalam peti sejuk beku selama 30 ke 40 minit sebelum digoreng.
  • Jika anda tidak menggunakan daging yang sudah diperap, sebaiknya anda merebus daging tersebut telebih dahulu sebelum menggoreng nasi.
  • Nasi goreng daging sangat sedap jika dimakan bersama sambal belacan, ulam timun dan juga keropok.

Diharap perkongsian ini dapat memudahkan urusan di dapur selain mengurangkan kos, menjimatkan tempoh memasak dan memberi Mommy lebih banyak masa bersantai bersama keluarga.


Mommy juga boleh cuba resepi nasi goreng yang lain di SINI!