Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin Yang Masih Ramai Belum Cuba! Jom Jadi Yang Pertama

resepi nasi goreng ikan masin

Kredit gambar: aziekitchen.com

Antara menu nasi goreng yang sering menjadi pilihan di gerai atau restoran adalah, nasi goreng ikan masin. Terutamanya kalau rasa kurang sihat, nasi goreng ikan masin ni memang boleh membuka selera. Silap-silap, tak sedar habis sepinggan kan?

Untuk perkongsian kali ini, Moterhood nak cuba resepi nasi goreng ikan masin, inspirasi daripada blogger terkenal, Azie Kitchen.

Jom kita cuba!

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin

Highlighted

Kredit gambar: m9.blogspot.com/

Resepi oleh: Azie Kitchen

Bahan-Bahan

  • Semangkuk besar nasi putih
  • 1/2 biji bawang besar Holland yang dihiris
  • 2 keping isi ikan masin
  • 5-6 tangkai cili api yang diketuk
  • 3 biji telur yang dikocak
  • Sayur sawi yang dipotong
  • Sos sotong
  • Garam
  • Serbuk lada sulah

Cara-Cara

1. Panaskan minyak dan tumis bawang Holland bersama cili api sehingga naik bau.

Kredit gambar: aziekitchen.com

2. Kemudian, ketepikan dan gorengkan ikan masin pula sehingga garing dan hancurkan.

Kredit gambar: aziekitchen.com

3. Ketepikan ia juga dan gorengkan telur sehingga masak. Kemudian, campurkan kesemua bahan tadi.

Kredit gambar: aziekitchen.com

4. Masukkan pula daun sawi dan nasi. Kacau-kacau.

Kredit gambar: aziekitchen.com

5. Perasakan dengan sos sotong, garam dan lada sulah.

Kredit gambar: aziekitchen.com

6. Kacaukan rata dan siap!

Kredit gambar: aziekitchen.com

Tips Memasak Nasi Goreng Ikan Masin

  • Bagi Min, ikan masin yang paling sesuai untuk resepi Nasi Goreng Ikan Masin ini adalah ikan tenggiri jeruk. Tapi bergantung atas kesukaan Mommy dan keluarga juga ya.
  • Hati-hati bila perasakan dengan garam tau kerana sos sotong dan ikan masin dah cukup masin. Kalau taknak tambah garam pun boleh.

Nasi goreng ikan masin ni lebih kurang je rasanya dengan nasi goreng kampung. Kedua-duanya boleh membangkitkan selera. Wajib cuba tau Mommy?