Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Nasi Goreng Kampung Yang Paling Senang Tetapi Menyelerakan

resepi nasi goreng kampung

Kredit gambar: cookpad.com

Nasi goreng kampung ni ada peminatnya yang tersendiri. Biasanya nasi akan digoreng dengan telur dan lauk tambahan lain. Tapi yang membezakannya dengan resepi nasi goreng yang lain ialah tambahan ikan bilis dan sayur kangkung dalam masakannya.

Semua peringkat umur suka dengan nasi goreng kampung kan? Resepinya telah diolah menjadi pelbagai versi tetapi yang kami ingin kongsikan hari ini ialah, antara cara termudah untuk masak nasi goreng kampung.

Dijamin menyelerakan!

Resepi Nasi Goreng Kampung

Highlighted

Kredit gambar: cookpad.com

Resepi oleh: cookpad

Bahan-Bahan

  • Secawan nasi sejuk
  • 2 ulas bawang putih yang diketuk
  • 3 biji cili padi yang diketuk
  • 5 batang kangkung
  • Sesudu besar serbuk rencah seri aji Nasi Goreng Kampung
  • Sebiji telur
  • Sedikit ikan bilis goreng
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-Cara

1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih dan cili padi yang telah diketuk.

Kredit gambar: cookpad.com

2. Pecahkan pula telur dan gaul-gaul, terus masukkan nasi.

Kredit gambar: cookpad.com

3. Diikuti dengan sayur kangkung juga.

Kredit gambar: cookpad.com

4. Masukkan serbuk rencah seri aji, kacau rata dan tutup api.

Kredit gambar: cookpad.com

5. Taburkan ikan bilis goreng di atasnya. Siap!

Kredit gambar: cookpad.com
Kredit gambar: cookpad.com

Tips Memasak Nasi Goreng Kampung

  • Apabila setiap bahan dimasukkan, perlulah dikacau-kacau seadanya. Jangan terlebih pula terutamanya bila dah masukkan nasi ya.
  • Saiz ikan bilis yang sesuai adalah yang bersaiz sederhana. Kalau yang besar sangat, risau liat pula untuk kanak-kanak.

Sedapnya nikmati nasi goreng kampung ini dengan sotong goreng kunyit. Jangan lupa cuba ya?