Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Lagi Menu Sahur Kegemaran Ramai: Resepi Nasi Goreng Sardin

Kredit gambar: Berilmu

Menu ikan sardin sering menjadi salah satu menu wajib bagi setiap keluarga. Untuk resepi sahur kali ini, Min ingin kongsikan Resepi Nasi Goreng Sardin yang pasti mengenyangkan dan menjadi kegemaran seisi keluarga.

Lagi pulak, ada masa kita terlupa nak keluarkan ayam atau daging daripada peti sejuk, yang semestinya memakan masa jika kita ingin sediakan menu berlauk daging atau ayam tersebut.

Tidak mengapa Mommy! Boleh gunakan sardin sahaja untuk resepi kali ini. Sesuai sangat jika Mommy ada nasi lebihan dari berbuka semalam.

Jom kita lihat bahan-bahan yang digunakan dan cara memasak Nasi Goreng Sardin ini.

Print

Resepi Nasi Goreng Sardin

Course Sarapan
Cuisine Melayu
Keyword Ikan

Ingredients

  • 4 cawan nasi sejuk
  • 1 tin sardin  ambil isi sahaja
  • Sayur
  • 3 biji telur
  • Garam
  • Minyak untuk menumis
  • Boleh tambah sos/kicap jika suka

Bahan Tumbuk

  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Cili (ikut kepedasan sendiri)

Instructions

  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar, bawang merah, bawang putih dan cili.
  • Masukkan sardin sambil hancurkan. Kemudian, masukkan telur dan hancurkan.
  • Masukkan nasi dan sayur pilihan anda. Gaul hingga sebati.
  • Kemudian perasakan dengan garam. Gaul hingga sebati dan sedia untuk dihidang.

Khasiat Sardin

Kredit gambar: Bebelan Cikmin

Kalau Mommy nak tahu, sardin tin tidak boleh dimakan selalu dan ada pros dan cons dia. Sebab itulah Mommy harus berhati-hati dengan makanan yang kita masukkan ke dalam badan.

Namun begitu, sardin juga ada khasiatnya. Menurut WebMD, antara khasiat sardin adalah:

  • Vitamin B12
  • Selenium
  • Fosforus
  • Vitamin D
  • Kalsium
  • Niasin (Vitamin B3)
  • Iodin

Mari kita lihat pula manfaatnya kepada tubuh badan kita!

Jantung Lebih Baik

Asid lemak omega-3 yang terdapat dalam ikan berfungsi untuk melindungi sistem kardiovaskular. Omega-3 menstabilkan irama jantung, mengurangkan lemak dalam darah Mommy dan memastikan arteri bebas daripada tersumbat.

Tulang Lebih Sihat

Adakah Mommy tahu bahawa sardin adalah sumber kalsium yang sangat baik. Vitamin D juga penting untuk proses ini, kerana ia membolehkan badan anda menyerap kalsium. Sardin lebih kaya dengan vitamin D daripada kalsium dan juga mempunyai tinggi kandungan fosforus.

Peningkatan Fungsi Saraf

Satu hidangan sardin menyediakan lebih tiga kali ganda jumlah B12 yang diperlukan oleh kebanyakan orang. Bagi mengelakkan masalah urat dan saraf yang kronik di hari tua, Mommy disyorkan mengambil ikan sardin.


Selamat mencuba resepi Nasi Goreng Sardin ya Mommy! Jangan lupa untuk lihat pelbagai resepi lain hanya di Motherhood Story.

Kredit resepi: Instagram Suri_Kitchen