Pening kan pagi-pagi fikir nak masak apa untuk sarapan? Kalau ada lebihan nasi semalam, Mommy boleh cuba masak resepi nasi goreng telur dan sotong, jadi Mommy tak payah pening-pening fikir nak tukar menu apa pula untuk keluarga tersayang!
Bukan sahaja sedap, bahkan boleh kenyang sampai ke petang, perut suami dan anak-anak pun tak cepat meragam!
Kalau Mommy asyik masak kuih-muih je, mestilah anak-anak pun cepat bosan kan kalau hari-hari asyik makan makanan yang sama je!
Jadi, pilihan resepi ini sangat tepatlah, tambah-tambah kalau anak-anak memang suka makan telur dan sotong. Pasti anak-anak akan lompat keriangan kalau Mommy hidangkan nasi goreng ini untuk mereka!
Untuk mudahkan Mommy, dekat bawah ini kami sudah sediakan panduan menu untuk memasak nasi goreng ini. Selamat mencuba!
Resepi Nasi Goreng Telur + Sotong
Berikut merupakan bahan-bahan dan panduan cara memasaknya.
Bahan-bahan tumbuk:
- bawang merah 1 ulas
- bawang putih 2 ulas
- 2 batang cili besar
- sedikit cili padi
Bahan-bahan lain:
- ikan bilis
- telur 2 biji
- serbuk kunyit
- garam
- sotong besar dipotong
Cara-cara masak:
#1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili besar dan sedikit cili padi.
Panaskan minyak, goreng ikan bilis sampai garing. Ketepikan ikan bilis tersebut.
#2. Kemudian, masukkan telur dua biji ke dalam kuali.
Apabila telur sudah separuh masak, kacau telur tersebut sehingga hancur. Ketepikan sama seperti ikan bilis tadi
#3. Seterusnya, masukkan semua bahan-bahan yang telah Mommy tumbuk sebentar tadi, tumis sehingga berbau wangi dan sedikit garing.
Masukkan garam dan sedikit serbuk kunyit.
#4. Masukkan sotong yang telah dikeringkan airnya. Gaul sebati semua bahan.
#5. Akhir sekali, masukkan nasi dan kacau sehingga rata. Siap untuk dihidangkan.
Tips/Petua Menyediakan Resepi Nasi Goreng Telur:
- Kalau nak dapatkan nasi goreng yang sedap, pastikan Mommy gunakan minyak yang mencukupi untuk menggoreng supaya nasi terlerai elok, tidak lembik dan tidak melekat.
Jom cuba pelbagai resepi menarik yang lain di SINI.