Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Nasi Goreng Tomyam Cukup Rasa Macam Dekat Kedai Akak Thai

Nasi goreng tomyam ini dikira sebagai comfort food Min, pasti anak-anak Mommy dan cik suami pun akan jadi favourite selepas cuba resepi ini. Penuh dengan rasa masam, masin dan pedas yang ada pada pes tomyam yang biasa kita makan tu. Boleh dikatakan sedap menjilat jari lah!

Yang menyedapkan resepi nasi goreng tomyam ini sebenarnya adalah pes tom yam, daun limau purut dan juga sos ikan. Tambah pula dengan telur mata di atas, pasti meleleh air liur kita!

Jika Mommy mahu tambahkan ayam dan seafood lain pun boleh. Ikut selera Mommy sekeluarga.

Untuk menambahkan lagi rasa umph nasi goreng tomyam ni, Mommy boleh tambahkan sos ikan. Tetapi pes tomyam pun banyak jenis dan nak pilih mana satu? Jom cari yang sedap Mommy!

Pes Tomyam Yang Mommy Boleh Cuba 

Berikut adalah pilihan tom yam pes yang sesuai untuk buat nasi goreng tom yam dan sup tom yam.

ps: Ini adalah berdasar pilihan peribadi, tidak ada kena mengena dengan yang lain. 

Pes #1 Thai Tom Yum Madam Pum Thailand 

Kredit gambar: Baloy

Penuh dengan rasa yang asli daripada Thailand, pes tomyam ini sering menjadi kegemaran kebanyakan Mommy di luar sana.

Bagi sesetengah pengguna, hanya dengan menggunakan pes tomyam jenis ini sahaja sudah memadai kerana ia penuh dengan rasa yang lazat.

Mommy bukan sahaja boleh masak sup tomyam, digunakan sebagai bahan utama dalam resepi nasi goreng tomyam Mommy, malah sebagai pes maggi tomyam pun sesuai!

Pes #2 Maepranom Thai Tom Yam Paste

Kredit gambar: Hungary

Pes tomyam ini tiada MSG dan tiada bahan pengawet tambahan. Memang sesuai untuk resepi nasi goreng tomyam kita.

Lagi pulak, pes tomyam ini sangat mudah untuk didapati di pasaraya dan kedai runcit berdekatan Mommy. Mommy boleh tambahkan pes ini dalam sup tomyam, sapukan pada roti, roti bakar atau sandwic.

Mommy juga boleh gunakannya untuk menggoreng, serta dicampurkan dengan nasi atau tambah ke salad Thai pedas. Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai celup untuk sayur-sayuran segar, keropok dan kek nasi rangup.

Pes #3 Peace Brand Thai Tom Yam Paste

Kredit gambar: SC Store

Selain nasi goreng tomyam, Mommy juga boleh gunakan pes ini untuk membuat mihun goreng atau mihun sup, letakkan dalam sup makanan laut, terung, bebola ayam dan perasa BBQ, dan lain-lain. Kalau tiada di pasaraya terdekat pun, Mommy boleh jugak beli online!

Selepas ni senang la nak buat nasi goreng tom yam dengan pes-pes ini. Jika Mommy ada pes tomyam ni, confirm akan lebih senang masakan Mommy selepas ini!

Jom, dah tiba masa untuk mencuba resepi nasi goreng tomyam yang lazar daripada Anymzakaria yang dikongsikannya di laman Instagram beliau!

Print

Resepi Nasi Goreng Tomyam

Course Makan Malam
Cuisine Thailand
Keyword Nasi
Author Anym Zakaria

Ingredients

  • 1 mangkuk nasi sejuk
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 1 sudu besar ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • Daun limau purut (disiat dan hanya ambil daun. Buang batang tengah)
  • Beberapa batang daun ketumbar (dihiris)
  • Minyak untuk menumis
  • Udang
  • 2 biji telur (dikocak)

Instructions

  • Dalam kuali, panaskan minyak yang diperlukan.
  • Pecahkan telur dan kacau-kacau separuh masak dan angkat. Ketepikan.
  • Tumis bawang putih dan masukkan cili kisar.
  • Kacau rata dan masukkan udang atau fishcake.
  • Kacau rata dan masukkan kiub ikan bilis juga pes tomyam dan sedikit garam jika perlu. Ikut citarasa anda.
  • Masukkan telur dan nasi sejuk.
  • Masukkan batang ketumbar dan daun limau purut untuk menambahkan rasa tomyam tersebut.
  • Gaul sebati dan siap untuk dihidangkan!

Notes

Kredit: Instagram anymzakaria

Kalau Mommy nak rasa lebih pedas, Mommy boleh tambahkan cili potong atau sediakan cili potong dengan kicap ditepi jika taknak campurkan sekali. Pasti sedap menjilat jari!


Jom cuba pelbagai resepi menarik yang lain DI SINI.