Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Nasi Goreng Viral Raja Permaisuri Agong – 5 Bahan Sahaja

Kredit gambar: www.aziekitchen.com/

Dalam kesibukan seharian, biasanya kita hanya sempat beli makanan di kedai je. Yelah.. mudah dan jimat masa serta tenaga.

Mana lah sempat nak masak satu-satu, terutamanya kalau hari berkerja. Tapi kalau ikut resepi nasi goreng viral Raja Permaisuri Agong ni, rasanya semua boleh masuk ke dapur sekejap.

Sebabnya, bahan-bahannya hanya 5 sahaja dan senang sangat pula tu nak buat. Memang wajib cuba tau!

Resepi Nasi Goreng Viral Raja Permaisuri Agong

Highlighted

Kredit gambar: www.aziekitchen.com/

Resepi oleh: Remaja

Bahan-Bahan

  • Butter
  • 5 biji telur
  • Daging steak yang dipotong kecil
  • Garam
  • Nasi putih

Cara-Cara

1. Panaskan dan cairkan butter dalam kuali.

Kredit gambar: www.remaja.my/

2. Pecahkan telur kelima-lima biji dan kacau perlahan je biar ia menjadi ketulan-ketulan besar.

Kredit gambar: www.remaja.my/

3. Dah nak masak telurnya, masukkan potongan daging steak.

Kredit gambar: www.remaja.my/

4. Gaul-gaul dan masukkan nasi putih.

Kredit gambar: www.remaja.my/

5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Siap!

Kredit gambar: www.remaja.my/

Tips Memasak Nasi Goreng Raja Permaisuri Agong

  • Pastikan nasi sesuai untuk digoreng ya? Jangan keras ataupun lembik.
  • Kalau tak ada daging, guna ayam atau lauk lain yang leftover pun boleh. Sama sedap je tau!
  • Untuk anda yang penggemar masakan pedas, tambahkanlah cili jika mahu.
  • Selain daripada garam, sesuai juga nak tambahkan serbuk lada putih dan lada hitam sebelum tutup api. Bergantung atas citarasa lah ya.

Kalau makan nasi goreng butter Raja Permaisuri Agong ni dengan sotong bakar pun, sedap juga kan? Jom cuba resepi nasi goreng kampung yang paling senang!