Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Nasi Hujan Panas Yang Mudah Dan Sedap – Tetamu Mesti Suka!

nasi hujan panas

Kredit gambar: https://cookpad.com/

Jemu juga asyik makan nasi putih ya tak? Seronok juga kan jarang-jarang ‘bersilat’ di dapur buat nasi yang special sikit macam nasi hujan panas.

Kalau Mommy ada tetamu atau special occassion lagilah semangat. Tapi ramai juga yang risau duk fikir mesti susah dan leceh nak buat nasi ni.

Sebenarnya, bahan-bahannya senang je nak cari dan cara nak buat pun tak adalah rumit sangat. Cuba je ikut resepi nasi hujan panas ni okay?

Resepi Nasi Hujan Panas

Highlighted

Kredit gambar: rasa.my/

Resepi oleh: cookpad

Bahan-Bahan

  • 2 cawan beras basmathi
  • 2 1/2 cawan air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar rempah tumis 3 sekawan
  • Sebiji bawang besar yang telah dikisar
  • Seulas bawang putih yang telah dikisar
  • Sebatang serai
  • 2 helai daun pandan
  • 1 inci halia yang telah dikisar
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit gula
  • Pewarna merah, hijau dan kuning
  • Bawang goreng dan kismis

Cara-Cara

1. Basuh beras basmathi dan toskan. Sediakan semua bahan-bahan lain.

Kredit gambar: https://cookpad.com/

2. Kemudian cairkan butter bersama dengan minyak sapi.

Kredit gambar: https://cookpad.com/

3. Masukkan daun pandan bersama dengan serai yang diketuk, rempah 3 sekawan dan bahan-bahan yang telah dikisar. Tumis kesemuanya hingga naik bau.

Kredit gambar: https://cookpad.com/

4. Lalu masukkan beras tadi dan kacau sekejap.

Kredit gambar: https://cookpad.com/

5. Masukkan pula susu cair bersama air yang secukupnya. Perasakan dengan garam dan gula dan teruskan masak nasi.

Kredit gambar: https://cookpad.com/

6. Bila nasi dah masak, titiskan ketiga-tiga pewarna di atas nasi. Pewarna ini hendaklah dicampurkan dengan air ya. Nisbahnya lebih kurang 1 titik pewarna dengan 1 sudu besar air.

Kredit gambar: https://cookpad.com/

7. Tunggu sekejap selama 10 minit dengan biarkan periuk tertutup dan barulah gemburkan nasi.

Kredit gambar: https://cookpad.com/

8. Nasi hujan panas siap untuk dihidang! Jangan lupa taburkan hiasan bawang goreng dan kismis ya?

Kredit gambar: https://cookpad.com/

Tips Memasak Nasi Hujan Panas

  • Kacau dan gemburkan nasi perlahan-lahan ya. Jangan sampai hancur pula ya Mommy!

Resepi Nasi Hujan Panas

Macam buat nasi berempah yang lain juga, cara buat nasi hujan panas ni tak adalah rumit sangat kan? Lebih-lebih lagi kalau orang tua-tua, mesti mereka suka nasi hujan panas ini.

Dinikmati pula bersama ayam masak merah dan dalca sayur, sedapnya!