Nasi lemak kan makanan tradisi rakyat Malaysia. Memang tak peliklah kalau ramai sangat yang gemarkannya dan cuba untuk belajar dan berniaga nasi lemak ini.
Kalau Mommy sedang mencari resepi nasi lemak santan yang mudah, lembut berderai dan tak lembik, bolehlah ikuti perkongsian resepi kami kali ini.
Resepi nasi lemak ini dikongsi daripada pemiliknya yang telah berniaga dengan resepi ini selama hampir 10 tahun tau. Wajib cuba!
Resepi Nasi Lemak
Bahan-Bahan
- 3 cawan beras
- 3 cawan air
- 1 1/2 cawan santan pekat yang segar atau santan kotak 200 ml yang ditambah 1/2 cawan air
- 2 helai daun pandan yang disimpul
- Sebatang serai yang diketuk
- Setengah biji bawang bombay
- Seinci halia yang dihiris nipis
- Sesudu kecil garam
- Sesudu besar gula
- 1 @ 2 sudu besar minyak
Cara-Cara
1. Cuci beras dengan bersih dan toskannya.
2. Di dalam periuk nasi, satukan air, santan, bawang besar, halia, daun pandan, serai, minyak, garam dan gula. Didihkan kesemuanya.
3. Bila dah mendidih, masukkan beras ke dalam periuk tadi dan kacau sebati.
4. Biarkan ia sedikit kering, kacau perlahan-lahan, kemudian tutup periuk supaya ia masak sekata sebegini.
5. Nasi lemak santan sudah siap!
Tips Buat Nasi Lemak
- Jangan terlebih kacau atau kacau beras banyak kali ya. Nanti beras patah dan tak masak elok.
Resepi Nasi Lemak
Mudah je kan? Lemak bersantan nasi lemak ni, sedap sangat makan bersama ayam berempah, telur rebus dan sambal ikan bilis. Kalau nak sedap lagi, cuba makan nasi lemak ini bersama sambal tumis sotong kering!
Sumber: cookpad