Selalunya makan nasi minyak di kenduri dan majlis kahwin lah kan? Jarang-jarang boleh jumpa di tempat lain. Bila dah teringin, mulalah mencari restoran mana yang jual. Sebenarnya, boleh je buat sendiri nasi minyak ni. Mommy mungkin duk fikir renyah dan susah, sebenarnya senang je!
Jom tengok resepi nasi minyak bawah ni, nanti boleh cuba terus:
Resepi Nasi Minyak Kenduri
Resepi oleh: cookpad
Bahan-Bahan
- 3 tin beras yang dibasuh bersih dan ditoskan
- 4 tin air
- Setengah tin susu cair
- 3 sudu marjerin + sesudu minyak sapi
- Selabu bawang besar yang dihiris halus
- 8 ulas bawang merah yang dikisar
- 4 ulas bawang putih yang dikisar
- Seinci halia yang dikisar
- 3 sup bunjut adabi
- Bunga lawang
- Bunga cengkih
- Buah pelaga
- Kulit kayu manis
- Garam secukup rasa
Cara-Cara
1. Cairkan dan panaskan marjerin dan minyak sapi. Terus tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang.
2. Masukkan bawang besar yang dihiris halus dan sambung menumis.
3. Bila dah layu, masukkan pula bahan yang dikisar.
4. Tumis hingga agak garing dan masukkan terus beras dan kacau sekejap.
5. Kemudian tuangkan air dan susu.
6. Diikuti dengan sup bunjut dan garam.
7. Tutup periuk dan masak nasi macam biasa.
8. Bila nasi dah masak, gemburkan perlahan-lahan biar elok berderai.
9. Nasi minyak siap untuk dihidang bersama acar dan lauk pilihan!
Tips Memasak Nasi Minyak
- Tips yang Mommy boleh cuba untuk masak nasi minyak lebih wangi dan sedap, tambahkan oren sunquick sedikit.
Resepi Nasi Minyak
Lebih kurang macam masak nasi ayam dan nasi tomato, cuma ada beberapa bahan tambahan lain je. Mudah kan?
Jom cuba pelbagai resepi menarik yang lain DI SINI.