Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Nasi Tomato Sedap – Hanya Dengan 5 Cara Yang Mudah!

resepi nasi tomato

Kredit gambar: https://cookpad.com/

Antara nasi berperasa yang sedap adalah nasi tomato. Bukan sahaja popular di kalangan orang dewasa, malah ramai kanak-kanak yang menggemari nasi ini.

Dalam perkongsian kali ini, Motherhood ingin kongsikan cara buat nasi tomato yang simple dan sedap. Hanya dengan 5 cara sahaja, nasi tomato siap untuk dinikmati bersama ayam masak merah dan acar jelatah.

Kebanyakkan bahan-bahannya memang yang sedia ada di dapur dah, jadi boleh je nak buat bila-bila masa!

Resepi Nasi Tomato

Highlighted

Kredit gambar: cookidoo.thermomix.com/

Resepi oleh: cookpad

Bahan-Bahan

  • 2 1/2 pot beras bashmati yang direndam selama setengah jam
  • 3 sekawan (buah pelaga, bunga cengkih dan kayu manis)*
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • Sedikit /sehiris halia*
  • 3 helai daun pandan*
  • 3/4 sudu puri tomato
  • 1 kuib pati ayam
  • Sedikit marjerin untuk menumis
  • Sedikit kismis dan bawang goreng

Cara-Cara

1. Cairkan marjerin dan tumis semua bahan bertanda * sehingga wangi.

Kredit gambar: cookpad.com

2. Masukkan puri tomato dan kacau sebati.

Kredit gambar: cookpad.com

3. Kemudian diikuti dengan beras yang dah ditoskan, susu cair, kiub pati ayam dan sedikit air jika perlu. Kacau-kacau sebati.

Kredit gambar: cookpad.com

4. Masukkan beras yang telah ditumis dengan kesemua bahan tadi ke dalam periuk elektrik dan masak nasi seperti biasa.

5. Bila dah masak, taburkan kismis dan bawang goreng di atas nasi. Nasi tomato dah siap!

Kredit gambar: cookpad.com

Tips Memasak Nasi Tomato

  • Boleh juga tambahkan kacang pis dalam tin dan tomato segar ke dalam nasi jika mahu ya.

Resepi Nasi Tomato

Sedap juga bertukar selera kadang-kadang kan? Gantikan nasi putih dengan nasi tomato dan nikmatinya bersama sambal ayam dan acar jelatah.

Selamat mencuba!