Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Snek Istimewa ‘Picky Eater’: Resepi Nugget Nasi Untuk Si Manja

Kredit gambar: Maria & Canva

Aduh! Masalah betul bila nak sediakan makanan untuk anak-anak picky eater ni. Tak tahu nak nak masak apa.

Jika ini yang Mommy fikirkan, betul! Anak-anak picky eater sangat memilih menu apa yang mereka mahu makan pada hari tersebut. Sudah banyak resepi yang dicuba, tapi Mommy pernah dengar tak resepi nugget nasi yang cukup khasiat dan vitamin untuk si manja?

Mujur lah ada resepi senang ni untuk anak Mommy dapatkan semua vitamin dan mineral secukupnya untuk tumbesaran mereka walaupun mereka sangat picky bab makanan.

Kalau Mommy nak cuba, jom kita tengok di bawah! Mudah saja tau~

Print

Resepi Nugget Nasi

Course Snek
Cuisine Barat
Keyword Keluarga

Equipment

  • Pengisar
  • Air Fryer

Ingredients

  • 1 cawan nasi
  • 300g isi ayam
  • 1 biji bawang merah
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • ½ sudu kecik lada hitam

Bahan salut

  • 1 biji telur
  • Bread crumbs secukupnya

Instructions

  • Kisar halus semua bahan di atas dan bentukkan dengan salutan tepung gandum. Kukus selama 15 minit.
  • Celup nugget ke dalam telur kemudian salut bread crumbs dan goreng sehingga masak.

Notes

Kredit Instagram: mariaaaaa2810

Macam mana resepi nugget nasi ni? Senang kan! Selalu anak kita tak nak makan nasi kan, Mommy? Jadi, bolehlah Mommy cuba resepi nugget nasi yang berkhasiat dan inovatif ini.

Khasiat Nasi

Nasi putih mempunyai makanan yang sesuai untuk orang kita dan memainkan peranan besar dalam diet seimbang kita. Antara khasiat nasi adalah:

  • Bebas gluten dan anti radang
  • Sumber protein yang baik
  • Kawal paras gula darah dan tekanan darah
  • Mencegah obesiti
  • Boleh kurang risiko kanser
  • Cegah sembelit

Ini adalah antara kebaikan nasi untuk si manja Mommy! Untuk mereka mendapat khasiat dan vitamin untuk membesar, pastikan mereka ada diet yang seimbang. Bukan sahaja untuk si manja, Mommy pun boleh makan tiada masalah.

Tips Menyediakan Resepi Nugget Nasi 

Resepi nugget nasi ini sangat mudah untuk sediakan dan Mommy juga boleh buat dohnya dalam kuantiti yang banyak. Sama seperti nugget yang dibeli di pasaraya, simpan doh-doh tersebut di dalam freezer dan hanya keluarkan untuk digoreng apabila perlu.

Tips untuk nugget menjadi sedap adalah, Mommy harus pastikan nasi yang digunakan betul-betul hancur dan perisakan secukupnya hingga anak Mommy berselera untuk makan dengan banyak.

Tapi, pastikan Mommy hanya guna bahan perasa yang selamat dan semula jadi untuk anak kecil ya. Jangan letak bahan perisa seperti untuk orang dewasa pula.

Selamat mencuba~


Untuk pelbagai resepi menarik yang lain untuk anak-anak Mommy, Mommy boleh lihat di sini.