Waktu sahur mesti kita perlukan khasiat yang secukupnya untuk memulakan hari kita kan, Mommy? Mengantuk pun masih kena masak! Cuba resepi simple ni dengan bahan yang mudah dan senang dicari, mesti tak berasap dapur Mommy!
Jika Mommy masih keliru dengan pilihan oat yang sesuai, teruskan pembacaan sehingga ke akhir artikel untuk mengetahui jenis-jenis oat.
Fresh Fruit Overnight Oat
Ingredients
- 1/3 cawan oats
- 1/3 cawan yogurt
- 1/3 cawan susu
Buah-Buahan (Dipotong)
- Mangga
- Strawberi
- Epal hijau
- Anggur
Instructions
- Campurkan ke semua bahan. Oat, susu dan yogurt pilihan anda ke dalam mangkuk.
- Kemudian, gaul sebati dan masukkan buah-buahan pilihan anda yang dipotong ke dalam mangkuk yang sama.
- Masukkan ke dalam gelas atau cawan dan hiaskan dengan buah-buahan segar.
- Simpan di dalam peti sejuk semalaman dan makan untuk sahur.
Jenis-jenis Oat Yang Sesuai
#1 Oat Gulung
Oat jenis ini adalah yang paling popular untuk resepi overnight oat kerana ia sangat versatile! Mengikut pengeluaran produk oat, walaupun ketebalan gulungan oat ini mungkin berbeza, namun, khasiatnya masih sama seperti oat-oat lain.
Jenis oat gulung ini lebih tebal dan mempunyai tekstur yang lebih kenyal berbanding oat lain.
#2 Oat Cepat
Oat cepat ataupun quick oat digulung lebih nipis, dan dicincang menjadi lebih kecil. Oleh itu, masa memasak oat ini lebih singkat. Hanya masukkan ke dalam microwave selama 1-3 minit dan siap menu sahur Mommy!
#3 Oat Segera
Oat segera pula ialah versi oat gulung yang diproses. Oat segera masak paling cepat dan hanya perlu rendam dalam air panas atau panaskan dalam microwave untuk sedia dimakan. Oat segera sering dijumpai dalam makanan yang diproses seperti 3 in 1.
Sekarang baru lah Mommy boleh pilih bahan-bahan yang sesuai untuk resepi oat Mommy! Mesti sahur Mommy akan rasa lebih sedap, penuh dengan khasiat dan rasa kenyang lebih lama.
Kredit resepi: Facebook Mimi Fairuz