Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Omelette Tomato Yang Berkhasiat Yang Boleh Disediakan Dengan Menggunakan Air Fryer Sahaja

Untuk resepi kali ini, kita akan melihat resepi sarapan pagi yang mudah untuk dihidangkan dan menyelerakan dengan hanya menggunakan Air Fryer sahaja. Resepi kali ini adalah Omelette Tomato. Sebelum kita mula memasak, mari kita lihat khasiat tomato pada kesihatan.

Khasiat Tomato

Kredit gambar: Shutterstock

Secara genetiknya, tomato termasuk dalam kategori buah-buahan tetapi selalu disediakan dan dihidangkan sebagai sayur-sayuran. Tomato mempunyai pelbagai nutrisi dan vitamin untuk tubuh badan kita. Kajian menunjukkan bahawa makan produk berasaskan tomato adalah lebih efektif berbanding mengambil suplemen lycopene.

Mari kita lihat apa kebaikan tomato kepada tubuh badan kita:

Print

Resepi Omelette Tomato

Course Sarapan, Snek
Cuisine Barat
Keyword omelette, telur, tomato
Prep Time 15 minutes
Cook Time 23 minutes
Total Time 38 minutes
Servings 2 orang

Equipment

  • Air Fryer

Ingredients

  • 3 biji tomato saiz besar
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh lada hitam kisar
  • 1 pokok daun bawang (Dihiris)
  • 1 biji cili merah (Dicencang)
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu makan keju parmesan

Instructions

  • Potong tomato dia bahagian atas dan keluarkan isinya.
  • Gaul sebati telur, lada hitam, daun bawang, cili merah, dan garam di dalam mangkuk.
  • Masukkan bahan yang digaul ke dalam tomato.
  • Panaskan Air Fryer pada suhu 140°C sehingga lampu heater padam. Anggatan dalam 3 minit.
  • Masukkan tomato ke dala Air Fryer dan masak selama 20 minit.
  • Keluarkan dan taburkan keju parmesan. Kemudian, hidangkan.

Betul, tomato kaya dengan khasiat, tetapi, disarankan untuk tidak memakannya dalam kuantiti yang banyak. Berikut merupakan beberapa kesan sampingan akibat makan tomato dengan banyak dalam sesuatu masa.

Kesan Sampingan Makan Tomato Terlalu Banyak 

Refluks Asid

Tomato bersifat berasid. Jadi, jika Mommy makan tomato dalam kuantiti yang banyak, Mommy boleh mengalami pedih ulu hati atau refluks asid akibat kandungan asid gastrik yang berlebihan.

Jika Mommy mengalami tekanan penghadaman atau mengalami simptom Gastroesophageal reflux disease (GERD) maka Mommy perlu mengambil tomato dengan berhati-hati.

Buah Pinggang

Menurut United States Department of Health and Human Services, orang yang menghidap penyakit buah pinggang kronik perlu mengehadkan pengambilan kalium kerana tomato kaya kalium.

Selain daripada itu, paras oksalat yang tinggi, apabila dimakan secara berlebihan juga boleh menyebabkan masalah buah pinggang.

Sakit Sendi

Penyelidikan yang konsisten menunjukkan bahawa pengambilan tomato yang berlebihan boleh mengakibatkan bengkak dan sakit pada sendi kerana tomato diliputi alkaloid yang dipanggil solanine.

Solanine akan menghasilkan kalsium dalam tisu, yang kemudiannya boleh membawa kepada keradangan.

Kredit gambar: Shutterstock

Sebab itu tomato harus dimakan dalam kuantiti yang moderate. Jangan ambilnya secara berlebihan kerana ia boleh memberi kesan kepada kesihatan.

Buat penggemar tomato, usah juga risau. Min cadangkan, hadkan pengambilan menu berasaskan tomato dengan banyakkan menu-menu lain atau selang-seli dengan menu yang lain.

Contohnya, hari ini menu sarapan adalah Omelette Tomato, esok hari Mama boleh mencuba menu sarapan yang lain pula.

Mudah-mudahan tips ini dapat membantu Mommy untuk sediakan menu harian. Selamat mencuba!