Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Jom Buat Resepi Paprik Daging Versi I Dan II Yang Istimewa Rasanya!

resepi paprik daging

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Resepi paprik daging merupakan makanan sedap yang berasal dari negara Thailand dan memang cukup dikenali dengan keenakan dan keunikan rasanya. Gelaran “Paprik” atau  ejaan yang lebih tepat dalam bahasa Thai “Pad Prik” yang diberikan sebenarnya membawa maksud “daging dimasak dalam sos cili“.

Resepi inimemang cukup popular jika Mommy berkunjung ke kedai-kedai tomyam dan cara membuatnya juga adalah sangat mudah dan senang. Kalau Mommy nak tahu juga, masakan ini boleh disediakan dalam pelbagai versi mengikut citarasa masing-masing.

Untuk mengetahui bagaimana menu sedap ini disediakan, Mommy boleh ikuti panduan yang telah kami kongsikan di bawah ini. Jom lihat!

Resepi Paprik Daging Versi I Dan Versi II

Highlighted

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Resepi Paprik Daging Versi I

Bahan-bahan:

  • 500 gm daging (dihiris)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 biji bawang besar (dikisar halus)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar halus)
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Kicap
  • 2 sudu besar susu full cream
  • Garam
  • Daun ketumbar (dipotong kecil)
  • Minyak masak

Cara-cara masak:

#1. Masak daging sehingga empuk lalu ketepikan dan masukkan minyak ke dalam kuali.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Setelah minyak panas, tumis bawang yang telah dikisar sehingga naik bau.

#2. Kemudian masukkan serai, cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Masukkan daging dan kacau sebati. Biarkan ia masak seketika barulah masukkan sos tiram, sos cili dan juga sos tomato.

#3. Tambahkan sedikit air dan masukkan daun limau purut bersama sedikit kicap dan susu. Apabila daging sudah mesra, taburkan bawang holland dan garam secukupnya.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Akhir sekali taburkan daun ketumbar. Kacau sebati. Tutupkan api. Sangat sedap dinikmati dengan telur dadar dan nasi putih.

Resepi Paprik Daging Versi II

Kredit gambar: secukuprasa.com

Bahan-bahan:

  • 300gm daging
  • Kacang panjang
  • Bawang Holland
  • Cili padi
  • Bunga kubis
  • Putik jagung
  • Daun limau purut
  • Serai
  • Tomato
  • Lobak merah
  • Bawang putih

Bahan Sos:

  • 1 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 1/2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar nampla
  • 1 sudu besar kicap Golden Mountain
  • Gula
  • 3/4 cawan air (air rebusan daging)

Cara-cara masak:

#1. Mula-mula Mommy rebus daging sehingga empuk. Kemudian, masukkan minyak ke dalam kuali secukupnya.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Setelah minyak panas tumis bawang putih yang telah diketuk terlebih dahulu. Apabila bawang sudah berubah keperangan, masukkan daging yang telah direbus sehingga empuk dan dipotong nipis terlebih dahulu.

#2. Kacau sehingga daging sedikit garing, kemudian masukkan cili kisar. Gaul sebati.

#3. Selepas itu masukkan bahan sos yang dibancuh, kacau biar sebati dan masukkan air rebusan daging tadi sebanyak 3/4 cawan.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#4. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran yang sudah dipotong kecil-kecil.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Kuatkan api dan goreng selama satu minit. Tutup api. Sedia untuk dihidang.

Tips/Petua Menyediakan Resepi Daging Paprik

  • Kalau Mommy suka halia, boleh juga masukkan ke dalam masakan daging paprik ini dengan memotong nipis halia tersebut dan kacau ia sehingga sebati.
  • Mommy juga boleh tambah sedikit air jika mahu berkuah sedikit.
  • Menu paprik ini boleh dinikmati bersama dengan nasi putih atau nasi goreng.

Semoga dengan perkongsian resepi ini, Mommy dapat memasak dengan lebih yakin dan seronok.


Jom lihat pelbagai resepi masakan menarik yang lain di SINI!