Tak tahu nak makan apa pada waktu petang? Mommy boleh la cuba buat popia carbonara ni untuk menu petang bersama keluarga tersayang.
Kalau dah cuba, pasti akan repeat! Tak cukup tau satu je, anak-anak pun pasti suka dengan popia carbonara ni.
Buat banyak-banyak pun boleh jadikan stok makanan dan simpan dalam peti ais, kalau nak makan tinggal keluarkan dan terus goreng je.
Kalau tiba-tiba ada tetamu datang, bolehla Mommy hidangkan popia carbonara ni. Mudah je kan, dahla sedap!
Resepi Popia Carbonara
Bahan-bahan:
- 1 bungkus kulit popia
- tepung gandum + air
Bahan-bahan inti:
- 1 tin sos Prego carbonara cendawan
- 1 tin sos Prego cheese & herba
- 1 bawang holland (dicincang)
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 3 sosej (boleh lebihkan jika suka)
- 5 batang ketam (boleh lebihkan jika suka)
- 5 cendawan shitake
- cili api (kalau suka pedas)
- garam
- lada hitam
Cara-cara:
1. Tumis bawang holland,bawang putih, cili sampai naik bau.
2. Masukkan sosej, isi ayam dan lobak merah dan cendawan shitake.
3. Masuk sos carbonara dan sos keju.
4. Perasakan dengan garam, gula, black peper dan origano.
5. Tunggu sehingga sejuk sampai agak pekat sikit. Kemudian, baru boleh bungkus dengan kulit popia.
6. Panaskan minyak masak dan gorengkan sehingga kulit popia keperangan. Sedia untuk dihidang.
Resepi Popia Carbonara
Ingredients
Bahan-bahan:
- 1 bungkus Kulit popia
- Tepung gandum
- Air
Bahan-bahan inti:
- 1 tin Sos Prego carbonara cendawan
- 1 tin Sos Prego cheese & herba
- 1 Bawang Holland (dicincang)
- 3 ulas Bawang putih (dicincang)
- 3 Sosej (boleh lebihkan jika suka)
- 5 batang Isi ketam (boleh lebihkan jika suka)
- 5 Cendawan shitake
- Cili api (kalau suka pedas)
- Garam
- Lada hitam
Instructions
- Tumis bawang holland,bawang putih, cili sampai naik bau.
- Masukkan sosej, isi ayam dan lobak merah dan cendawan shitake.
- Masuk sos carbonara dan sos keju.
- Perasakan dengan garam, gula, black peper dan origano.
- Tunggu sehingga sejuk sampai agak pekat sikit. Kemudian, baru boleh bungkus dengan kulit popia.
- Panaskan minyak masak dan gorengkan sehingga kulit popia keperangan. Sedia untuk dihidang.
Selamat Mencuba Mommy!
Dapatkan lebih banyak resepi yang menarik di SINI.