Popia cheese menjadi snek rebutan kanak-kanak mahupun orang dewasa ketika musim perayaan. Kalau pergi beraya, confirm cari ni dulu!
Memandangkan musim cuti sekolah tak lama lagi, anak-anak semua ada di rumah. Boleh la Mommy cuba buat popia cheese ni untuk kudapan mereka di rumah nanti.
Buatlah banyak-banyak dan simpan untuk dijadikan snek semasa menonton televisyen atau untuk minum petang.
Resepi Popia Cheese Ranggup
Bahan-Bahan:
- 1 paket kulit popia
- Sedikit gula kastor
- Serbuk cheese secukupnya
- Sedikit serbuk cili
- Minyak untuk menggoreng
Cara-Cara Membuat:
1. Gunting kulit popia supaya jadi bentuk kecil bersegi empat.
2. Panaskan minyak. Goreng kulit popia dengan api yang sederhana sehingga kekuningan.
3. Kisarkan serbuk keju, serbuk cili dan gula sekali.
4. Sejukkan kulit popia seketika. Gaulkan bahan yang dikisar dengan kulit popia yang sudah digoreng tadi dengan sekata.
5. Goncang atau gaul kulit popia di dalam bekas supaya semuanya bersalut dengan serbuk cheese.
Tips:
Ingat, selepas goreng kulit popia biarkan dahulu sehingga sejuk, baru simpan dalam balang! Baru la Mommy dapat popia yang crispy.
Resepi Popia Cheese
Ingredients
- 1 paket Kulit popia
- Sedikit Gula kastor
- Serbuk cheese (secukupnya)
- Sedikit Serbuk cili
- Minyak (untuk menggoreng)
Instructions
- Gunting kulit popia supaya jadi bentuk kecil bersegi empat.
- Panaskan minyak. Goreng kulit popia dengan api yang sederhana sehingga kekuningan.
- Kisarkan serbuk keju, serbuk cili dan gula sekali.
- Sejukkan kulit popia seketika. Gaulkan bahan yang dikisar dengan kulit popia yang sudah digoreng tadi dengan sekata.
- Goncang atau gaul kulit popia di dalam bekas supaya semuanya bersalut dengan serbuk cheese.
Selamat Mencuba Mommy!
Dapatkan pelbagai resepi menarik di SINI.