Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Popia Cheese Ranggup Dengan Menggunakan 4 Bahan Je Mommy!

Popia cheese menjadi snek rebutan kanak-kanak mahupun orang dewasa ketika musim perayaan.  Kalau pergi beraya, confirm cari ni dulu!

Memandangkan musim cuti sekolah tak lama lagi, anak-anak semua ada di rumah. Boleh la Mommy cuba buat popia cheese ni untuk kudapan mereka di rumah nanti.

Buatlah banyak-banyak dan simpan untuk dijadikan snek semasa menonton televisyen atau untuk minum petang.

Resepi Popia Cheese Ranggup

Bahan-Bahan:

  • 1 paket kulit popia
  • Sedikit gula kastor
  • Serbuk cheese secukupnya
  • Sedikit serbuk cili
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara Membuat:

1.  Gunting kulit popia supaya jadi bentuk kecil bersegi empat.

Kredit Gambar: Youtube@F8Buzz

2. Panaskan minyak. Goreng kulit popia dengan api yang sederhana sehingga kekuningan.

Kredit Gambar: Youtube@F8Buzz

3. Kisarkan serbuk keju, serbuk cili dan gula sekali.

Kredit Gambar: Youtube@F8Buzz

4. Sejukkan kulit popia seketika. Gaulkan bahan yang dikisar dengan kulit popia yang sudah digoreng tadi dengan sekata.

Kredit Gambar: Youtube@F8Buzz

5. Goncang atau gaul kulit popia di dalam bekas supaya semuanya bersalut dengan serbuk cheese.

Kredit Gambar: Youtube@F8Buzz

Tips:

Ingat, selepas goreng kulit popia biarkan dahulu sehingga sejuk, baru simpan dalam balang! Baru la Mommy dapat popia yang crispy.

Print

Resepi Popia Cheese

Course Minum Petang

Ingredients

  • 1 paket kulit popia
  • Sedikit gula kastor
  • Serbuk cheese secukupnya
  • Sedikit serbuk cili
  • Minyak untuk menggoreng

Instructions

  • Gunting kulit popia supaya jadi bentuk kecil bersegi empat.
  • Panaskan minyak. Goreng kulit popia dengan api yang sederhana sehingga kekuningan.
  • Kisarkan serbuk keju, serbuk cili dan gula sekali.
  • Sejukkan kulit popia seketika. Gaulkan bahan yang dikisar dengan kulit popia yang sudah digoreng tadi dengan sekata.
  • Goncang atau gaul kulit popia di dalam bekas supaya semuanya bersalut dengan serbuk cheese.

Selamat Mencuba Mommy!


Dapatkan pelbagai resepi menarik di SINI.