Menyediakan makanan bayi tidak mudah dan anda perlu memikirkan tentang pilihan makanan yang boleh diberikan kepada si manja.
Makanan untuk bayi biasanya perlu dimasak hingga menjadi lembut dan hancur, dikisar atau dilenyek terlebih dulu hingga menjadi puri.
Adalah lebih bagus Mommy dapat menyediakan sendiri makanan bayi kerana dijamin bersih dan lebih selamat. Si manja juga dapat makan makanan yang lebih segar dan berkhasiat.
Puri Lobak Merah dan Kentang
Bahan-Bahan:
- 1 biji kentang ( saiz sederhana )
- 1 batang lobak merah saiz sederhana
Cara-Cara:
1. Bersihkan lobak merah dan dipotong dadu.
2. Kemudian, kentang juga dipotong dadu.
3. Rebus lobak merah dan kentang yang telah dipotong dadu selama 10 minit atau sehingga lembut.
4. Masukkan lobak merah dan kentang ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.
Tips
- Mommy boleh gunakan semula air rebusan.
- Air rebusan itu juga boleh diganti dengan stok ayam atau daging yang sesuai untuk bayi.
Puri Lobak Merah dan Kentang
Ingredients
- 1 biji Kentang (saiz sederhana)
- 1 batang Lobak merah (saiz sederhana)
- Air
Instructions
- Bersihkan lobak merah dan dipotong dadu.
- Kemudian, kentang juga dipotong dadu.
- Rebus lobak merah dan kentang yang telah dipotong dadu selama 10 minit atau sehingga lembut.
- Masukkan lobak merah dan kentang ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.
Selamat mencuba resepi puri untuk si manja ini, Mommy!
Dapatkan lebih banyak resepi untuk makanan bayi di SINI.