Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Salad Ayam & Epal Yang Senang Dan Berkhasiat Untuk Anak-Anak Menikmati

Resepi kali ini adalah resepi salad ayam dan epal yang mudah untuk disediakan untuk anak-anak. Mommy mesti tahu ayam adalah sumber protein yang kerap diambil kerana ia senang untuk dapat di mana-mana sahaja.

Tambahan pula, ayam adalah makanan yang mudah dan senang untuk disediakan untuk seisi keluarga. Untuk resepi kali ini, kita kongsikan resepi Salad Ayam dan Epal yang dapat dinikmati bersama keluarga tersayang.

Ayam dan epal hijau adalah bahan utama untuk menyediakan salad ini. Oleh itu, mari kita lihat apa khasiat dalam kandungan salad ini terlebih dahulu!

Khasiat Ayam dan Epal

Sumber: FoodDal
  • Ayam

Ayam adalah makanan ruji bagi sesebuah keluarga. Mengetahui tentang khasiat ayam dan cara masak ayam adalah penting untuk diet yang seimbang. Ayam mempunyai pelbagai nutrisi dan vitamin. Antaranya adalah, kalsium, magnesium, fosfor, kalium, natrium dan vitamin-vitamin berikut:

  • vitamin C
  • vitamin B1
  • vitamin D
  • vitamin B-12
  • vitamin A
  • vitamin K
  • folat
  • riboflavin
  • niacin

Dari segi kalori pula, ayam mempunyai kalori yang tinggi. Sebagai contoh, pada 100 gram ayam terdapat 302 kalori yang dihasilkan. Kadar kalori ini bagus untuk menambah jumlah tenaga dalam tubuh badan.

Justeru, Mommy akan rasa kenyang walaupun hanya makan ayam sahaja tanpa apa-apa karbohidrat. Terdapat kebaikannya juga apabila mengambil ayam dan salad agar sentiasa bertenaga.

  • Epal

Sumber: Style Craze

Mommy tahu ke buah epal berasal dari mana? Ia berasal dari Asia Barat dan merupakan tanaman yang paling banyak ditanam di dunia. Pelbagai khasiat dan nutrien yang terdapat dalam buah epal dan dapat menghindar daripada apa-apa penyakit.

Antara kebaikan buah epal adalah:

  • Bernutrisi tinggi
  • Kaya dengan Vitamin A, C, K
  • Baik untuk otak
  • Kesihatan jantung
  • Mengurangkan berat badan
  • Mengurangkan risiko diabetes
  • Melawan kanser

Dalam sebiji epal yang sederhana, ia mempunyai 94.6 kalori sahaja. Ia juga mempunyai, potasium, kalium, zat besi, magnesium, fosforus dan folat. Epal juga dapat dimakan begitu sahaja ataupun menjadi bahan tambahan dalam apa sahaja menu yang sesuai dengannya.

Sekarang Mommy dah tahu kan tentang kebaikan ayam dan juga epal? Apa tunggu lagi, marilah mencuba resepi Salad Ayam dan Epal ini! Selamat mencuba!

Print

Resepi Salad Ayam Dan Epal Guna Air Fryer

Course Makan Malam, Makan Tengah Hari, Sarapan
Cuisine Itali
Keyword ayam, epal, Salad/Kerabu/Ulam-ulaman
Prep Time 15 minutes
Cook Time 23 minutes
Total Time 38 minutes
Servings 3 orang

Equipment

  • Air Fryer

Ingredients

  • 1 keping dada ayam (Dipotong dadu)
  • 1 sudu teh lada hitam kasar
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu teh minyak zaitun
  • ½ cawan gajus
  • 1 biji epal hijau (Dipotong kecil)
  • ½ cawan kismis
  • 3 sudu makan mayones
  • 1 pokok daun bawang (Dihiris halus)

Instructions

  • Panaskan Air Fryer pada suhu 180°C sehingga lampu heater padam. Anggaran 3 minit.
  • Masukkan gajus ke dalam Air Fryer dan renjiskan sedikit minyak zaitun. Masak selama 5 minit dan keluarkan.
  • Kemudian, gaulkan ayam dengan lada hitam kisar dan garam. Sapukan dengan minyak zaitun.
  • Masukkan ayam ke dalam Air Fryer. Masak selama 15 minit dan keluarkan.
  • Masukkan ayam, gajus, epal hijau, kismis, dan mayones ke dalam mangkuk.
  • Gaul hingga sebati dan taburkan hirisan daun bawang. Siap dan boleh dihidang!